Advertisements

BPR 2021: Semakan Rayuan & Tarikh Pembayaran (September 2021)

Bagi pemohon yang telah membuat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, semakan permohonan rayuan boleh dibuat mulai 18 September 2021.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan semakan rayuan ini adalah bagi mereka yang telah membuat rayuan bagi status gagal sebelum ini yang dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

Untuk makluman, pembayaran bagi rayuan BPR melibatkan seramai 200 ribu penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta.

Selain itu juga, individu yang lulus rayuan BPR juga layak memohon Jaringan Prihatin dan tarikh akhir penebusan adalah pada 30 September 2021.

Kod Alasan Tidak Lulus & Dokumen Sokongan

Sebelum ini, permohonan rayuan BPR dibuka bagi individu status tidak lulus dan perincian kod alasan adalah seperti berikut:

KodAlasanDokumen Sokongan Diperlukan
01Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama/Nombor Pengenalan/Status KewarganegaraanMyKAD
Pemohon
02Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)MyKAD/MyPR/MyKAS Pasangan
03Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)-MyKAD/MyKID Anak; dan
– Sijil Lahir Anak (bagi pengesahan status Kewarganegaraan)
04Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon/Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN)
-MyKAD/MyKID Anak; dan
– Sijil Lahir Anak Angkat (bagi pengesahan status Kewarganegaraan)
05Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahanDokumen
Pengenalan Pasangan
06Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori
Bujang
– Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
– Dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2020/2021 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas
07Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat
kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar
Sepenuh Masa
Pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi
tahun 2020/2021
08Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/Pasangan melebihi RM5,000Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.
09Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon melebihi RM2,500Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.
10Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensiTidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.
11Pemohon/pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian– Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021; atau
– Sijil Pendaftaran Perniagaan sekiranya tidak lulus disebabkan pemohon dan pasangan mempunyai
perniagaan yang sama.
12Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti TerhadSemakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari
2021.
13Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti TerhadSemakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari
2021.
14Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/PerkongsianSemakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari
2021.
15Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan pemohon/pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)– Dokumen penukaran hak milik kenderaan; atau
– Dokumen penjualan/Pelupusan Kenderaan
16Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan anak melebihi had kemampuan bagi
golongan berpendapatan rendah (B40)
– Dokumen penukaran hak milik kenderaan; atau
– Dokumen penjualan/Pelupusan Kenderaan
17Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah/Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000Tidak perlu sebarang pembuktian Pemilikan Hartanah/Pembelian Saham Hartanah kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan
Malaysia
18Pemohon tidak menetap di Malaysia/bekerja/belajar
di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
Tidak perlu sebarang pembuktian menetap di Malaysia kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi
yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan
Malaysia
19Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian– Penyata KWSP pemohon bagi tahun 2020 (jika terdapat potongan satu bulan dalam tahun 2020, boleh dipertimbangkan); atau
– Penyata Pendapatan Tahunan pemohon (EA / EC) tahun 2020 yang dikeluarkan oleh majikan di Malaysia; atau
– Bil utiliti bagi tahun 2021 atas nama pemohon.
20Semakan mendapati anak pemohon/pasangan
mempunyai pendapatan yang tinggi
Tidak layak rayuan BPR 2021 kerana anak berpendapatan
tinggi dan telah membuat tuntutan pelepasan cukai untuk ibu bapa.
21Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lainStatus Kahwin

– MyKAD Pemohon; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)

Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda

– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
– Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak
dalam permohonan)
22Pemohon wujud sebagai anak di permohonan lainSijil Lahir
Pemohon
23Pasangan wujud sebagai pemohon di permohonan lainStatus Kahwin

– MyKAD Pemohon; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)

Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda

– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
– Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak
dalam permohonan)
24Pasangan wujud sebagai pasangan di permohonan lainStatus Kahwin

– MyKAD Pemohon; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)

Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda

– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
– Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak
dalam permohonan)
25Pasangan wujud sebagai anak di permohonan lainSijil Lahir Pasangan
26Anak telah membuat permohonan lainAnak berkenaan tidak layak dipertimbangkan
27Anak wujud sebagai pasangan di permohonan lainAnak berkenaan tidak layak dipertimbangkan
29Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan-MyKAD Pemohon; dan
– MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
30Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap-MyKAD Pemohon; dan
– MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
31Status perkahwinan perlu pengesahan– MyKAD Pemohon; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
32Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan– Sijil/Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Tuai Rumah/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
– Sijil Lahir Anak (jika melaporkan maklumat anak
dalam permohonan)
33Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil
Kematian Pasangan
– Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan oleh
JPN; dan
– Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak
dalam permohonan); atau
– Sijil Perkahwinan (pembuktian maklumat
pasangan yang meninggal dunia)
35Anak meninggal duniaAnak berkenan tidak layak dipertimbangkan
36Pemohon/pasangan penerima GKPTidak perlu sebarang pembuktian maklumat perniagaan kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia
37Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM5,000 termasuk perniagaan
Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga
28 Februari 2021
38Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan-Slip gaji Mac/April 2021; atau
– Akuan pengesahan pendapatan.
39Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan
termasuk perniagaan
Pengesahan pendapatan

– Slip gaji Mac / April 2021; atau
– Akuan pengesahan pendapatan

Pengesahan pemilikan perniagaan

– Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga
28 Februari 2021

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat semakan status rayuan BPR, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/.
  2. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  3. Masukkan kata laluan dan klik butang ‘Log Masuk.’
  4. Klik bahagian ‘Semakan Status.’
  5. Status permohonan rayuan dipaparkan.

Tarikh Pembayaran

Bagi mereka yang lulus rayuan BPR, pembayaran BPR akan dilakukan pada penghujung bulan September 2021.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai rayuan BPR 2021, sila hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747 atau melayari laman web https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat untuk mendapat maklumat lanjut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.