Advertisements

SPP: Rayuan Temuduga Pengambilan Khas PPP DG41 One-off 2021

Advertisements

Rayuan Temu Duga SPP Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara One Off Tahun 2021

Suruhanjaya Perkhdimatan Pendidikan (SPP) ingin memaklumkan bahawa graduan dan bakal graduan yang mempunyai ikhtisas pendidikan yang telah memohon bagi urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Secara One-Off Tahun 2021 yang telah diiklankan pada 7 Julai 2021 tetapi tidak dipanggil temu duga boleh mengemukakan rayuan selepas panggilan temuduga Fasa 3 dikeluarkan.

Perkara ini dimaklumkan oleh pihak SPP dalam sebuah kenyataan rasmi bertarikh 6 Oktober 2021.

Rayuan akan dibuka hanya untuk opsyen-opsyen yang masih mempunyai kekosongan dan terhad untuk pemohon-pemohon yang yang telah memohon opsyen berkenaan sahaja.

Selain itu, SPP juga ingin memaklumkan bahawa temu duga Fasa 3 dan yang terakhir akan dijadualkan berlangsung pada awal November 2021 melibatkan 31 opsyen termasuk Pendidikan Islam, Reka Bentuk Teknologi dan Pendidikan Moral.

Baca juga:EMP Ihsan: Bantuan Kewangan One-Off Usahawan Mikro Pulau Pinang

Maklumat lanjut tentang proses rayuan ini akan dimaklumkan dalam hebahan rayuan kelak.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sila rujuk kenyataan rasmi SPP di bawah:

Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.