Advertisements

Risiko Kematian Tinggi, Warga Emas Dirayu Ambil Dos Penggalak – KJ

Advertisements

Warga emas dirayu untuk segera mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19.

Ia susulan kumpulan itu berisiko tinggi untuk mati jika tiada perlindungan vaksinasi atau dos penggalak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyarankan agar warga emas yang masih belum mendapatkan suntikan booster atau dos penggalak segera berbuat demikian.

Ia susulan kumpulan itu berisiko tinggi untuk kehilangan nyawa jika tiada perlindungan vaksinasi atau dos penggalak.

Perkara itu dimaklumkan Khairy menerusi ciapan di laman Twitter miliknya

“Mungkin orang tua kita tidak kemana-mana sekarang. Tapi tiba Ramadan mereka akan beramai-ramai pergi solat tarawih.

“Elok ‘top-up’ perlindungan mereka dengan dos penggalak, kita ikhtiar dan tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Data tersebut jelas menunjukkan warga emas berdepan dengan risiko tinggi.

“Kematian semalam (Rabu) adalah sebanyak 105 kes, jika anda berumur 60 tahun ke atas, anda perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 lebih teruk sehingga boleh mengakibatkan kematian,” katanya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.