Advertisements

RM1000 Diberikan Kepada Keluarga Terjejas Akibat Kebakaran Di Pulau Burung

Advertisements

Sebanyak 90 buah keluarga daripada 2 buah kampung yang terjejas akibat kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung di Ladang Byram, Nibong Tebal sejak 12 Januari lalu akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata bantuan bencana itu akan disalurkan bagi membantu meringankan beban yang mereka sepanjang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurutnya lagi, kesemua keluarga tersebut iaitu 38 keluarga di Ladang Byram dan 52 keluarga lagi penduduk di Kampung Kebun Baharu masih belum dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing dan masih di tempatkan di PPS walaupun tahap pencemaran udara di kawasan sekitar tapak pelupusan itu dilaporkan bertambah baik.

Baca juga: BRF & LCTF: Pembiayaan Baharu PKS Bank Negara Malaysia

Seramai 44 orang daripada 10 keluarga di situ ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah sejak 16 Jan lepas, manakala baki penduduk yang lain berpindah sementara ke rumah ahli keluarga mereka.

Sebelum ini, kira-kira 400 penduduk daripada 90 keluarga yang tinggal berhampiran tapak pelupusan sampah berkenaan dipindahkan sementara ke lokasi yang selamat berikutan ruang udara kawasan kediaman mereka dipenuhi asap berbahaya.

Mereka diarah mengosongkan rumah sejak Ahad lalu selepas 6.5 hektar daripada keseluruhan 16.2 hektar tapak pelupusan sampah itu terbakar yang dikhuatiri mendedahkan penduduk kepada gas beracun.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sementara itu, ketua menteri negeri Pulau Pinang itu turut memaklumkan 9 daripada 10 buah sekolah yang sebelum ini diarah tutup selama tiga hari dibenarkan beroperasi semula seperti biasa mulai Isnin ini.

Katanya, hanya sebuah sekolah yang masih diarah tutup iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Byram berikutan sekolah itu terletak paling hampir dengan kawasan tapak pelupusan sampah berkenaan.

Berikut adalah gambar kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Pulau Pinang.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Pembiayaan Perniagaan MARA 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.