Advertisements

RM29.91 juta Diperuntukan Untuk Bantuan Prihatin Pahang 2022

Advertisements

Kerajaan Pahang telah memperuntukkan RM29.91 juta melalui Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bagi tahun 2022 untuk manfaat kepada 297,013 penerima di negeri ini.

Menurut Menteri Besar Pahang, agihan bantuan itu akan berlangsung selama empat bulan mulai bulan ini dan melibatkan pemberian dalam bentuk wang tunai RM100 hingga RM300 mengikut kategori, agihan kotak Aidilfitri dan kad tambah nilai prabayar RM100.

Baca juga: Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternak Ruminan

Golongan Kluster Yang Akan Terima Bantuan

Terdapat 4 golongan kluster yang akan terima Bantuan Prihatin Pahang ini, antaranya adalah:

  1. Pelajar dan Anak muda.
    • Pelajar sekolah rendah, menengah, pelajar tahfiz, pelajar universiti dan politeknik, anak muda 18 hingga 21 tahun serta anak muda yang berniaga.
  2. Golongan B40
    • Gelandangan, nelayan, pemandu teksi dan ibu tunggal;
  3. Kluster Umum
    • Peneroka, penjaja harian, Orang Asli, pengusaha bot dan pemandu pelancong.
  4. Kluster Apresiasi
    • Veteran tentera dan polis.
This image has an empty alt attribute; its file name is image-16.png

Jumlah Bantuan Wang Diberikan

Bantuan wang tunai akan diberikan mengikut golongan kluster seperti berikut:

  • RM300 – Penggiat Media Sosial
  • RM200 – Veteran polis dan tentera, nelayan, penjaja harian, pemandu teksi dan anak Pahang yang berjaya ke universiti.
  • RM100 – Disalurkan kepada pelajar tahfiz, gelandangan di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan serta pelajar darjah satu.

Selain itu, seramai 25,871 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pula menerima sumbangan RM100 dalam bentuk kad tambah nilai prabayar.

Manakala kotak Aidilfitri bernilai RM50 setiap satu diagihkan menerusi Tok Batin dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR).

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tahun lepas, kerajaan Pahang membelanjakan RM75.03 juta bagi membantu rakyat terkesan wabak COVID-19 termasuk RM31.3 juta yang diagihkan menerusi pakej BPP yang dilaksanakan menerusi empat fasa secara bersasar.

Sementara itu, Menteri Besar juga sedang mempertimbangkan mengenai pemberian bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam negeri.

Baca juga: Cara Mohon Zakat Bantuan Umum Pelajaran UKM Sem 2 Sesi 2021/2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.