Advertisements

Permohonan Rumah Harapan Rakyat: Bayaran Balik RM222 Sebulan

Advertisements

Rakyat di Negeri Sembilan yang ingin memiliki rumah dengan bayaran balik serendah RM222 sebulan, Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan Rumah Harapan Rakyat bagi mereka yang berminat.

Inisiatif Rumah Harapan Rakyat untuk tahun ini adalah hasil daripada pembentangan Belanjawan 2022 Negeri Sembilan yang telah diumumkan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin bin Harun.

Tujuan inisiatif ini diumumkan adalah untuk memberi ruang kepada rakyat berpendapatan rendah di Negeri Sembilan untuk memiliki rumah pada harga yang berpatutan.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 30 April 2022.

Harga Rumah

Harga rumah yang ditawarkan menerusi inisiatif ini adalah RM78,000 seunit.

Mereka yang layak akan ditawarkan pinjaman sehingga RM70,000 dengan baki RM8,000 akan disubsidi oleh kerajaan negeri.

Deposit yang dikenakan adalah 5% atau RM3,5000 dengan yuran guaman adalah percuma.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bayaran Balik

Bayaran balik yang akan dikenakan bagi pembeli rumah adalah sebanyak RM222 sebulan.

Tempoh bayaran balik pinjaman pembiayaan adalah selama 300 bulan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang dikenakan kepada pembeli rumah adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
  2. Bujang dan berkahwin (keutamaan kepada yang telah berkahwin)
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
  5. Memiliki tanah sendiri (hak milik/perkongsian) sahaja. Tanah tersebut hendaklah bersesuaian bagi pembinaan rumah dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
  6. Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi.
  7. Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar dan boleh diakses oleh kenderaan berat.
  8. Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kaseh

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon yang berjaya membeli rumah ini perlu memenuhi tanggungjawab yang ditetapkan iaitu:

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  2. Menandatangani perjanjian pembiayaan dan membayar duti stem.
  3. Membuat pembayaran deposit 5% (RM3,500.00).
  4. Menyediakan jalan keluar masuk ke tapak Pembinaan mengikut spesifikasi.
  5. Menyediakan dan membuat penyambungan sumber bekalan air dan elektrik.
  6. Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.pknns.gov.my/info/terkini/permohonan-program-rumah-harapan-rakyat-dibuka-semula-sehingga-6-september-2021?fbclid=IwAR33Yjc0MJFHnApa4U91XhZoRtuqY-a7TFLCdygdo9SSV8mDe2EjGF6H77A.
  2. Klik bahagian borang dan muat turun borang permohonan tersebut.
  3. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan beserta dengan dokumen yang diperlukan ke pejabat daerah terdekat atau ke alamat berikut:

    Bahagian Pengurusan Strategik,
    23-H, Tingkat Bawah, Jalan Zaaba,
    70100 Seremban,
    Negeri Sembilan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri/Suami)
  3. Salinan Kad Pengenalan Penjamin
  4. Salinan Sijil Nikah / Salinan Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian
  5. Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Lahir / Mykid anak atau tanggungan
  6. Salinan penyata akaun bank 3 bulan terkini pemohon
  7. Salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Jika berkaitan)
  8. Slip Gaji Terkini Pemohon – 3 bulan terakhir
  9. Slip Gaji Terkini Pasangan (Isteri/Suami) – 3 bulan terakhir (Jika berkaitan)
  10. Surat Pengesahan Pendapatan yang telah lengkap diisi dan disahkan (Jika berkaitan)
  11. Penyata KWSP Pemohon (Jika berkaitan)
  12. Penyata KWSP Pasangan (Isteri/Suami) (Jika berkaitan)
  13. Gambar rumah terkini (Jika ada)
  14. Gambar tapak cadangan
  15. Salinan Hakmilik Tanah
  16. Salinan Sijil Carian Rasmi
  17. Pengesahan Ketua Adat (Jika berkaitan)
  18. Surat Akuan Kebenaran Pemilik Tanah (Jika berkaitan)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Harapan Rakyat ini, sila hubungi pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan di talian 06-761 6871.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.