Advertisements

Rumah Perakku 2019: Permohonan & Syarat Kelayakan Terkini

Sempena setahun Pakatan Harapan memerintah Perak, Menteri Besarnya Ahmad Faizal Dato’ Azumu mengumumkan 50,000 Rumah Perakku bakal dibina di kawasan bandar dan luar bandar.

Antara objektif utama skim bantuan ini diperkenalkan agar rakyat Perak terutama daripada golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri.

Rumah Perakku terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

  • Kos Rendah
  • Kos Sederhana
  • Mesra Milik

Selain itu, kerajaan negeri Perak turut mengumumkan Kad Perak Prihatin yang menyediakan bantuan RM80 sebulan + RM300 setahun bagi membiayaan rawatan kesihatan.

Permohonan Rumah Perakku 2019

Berikut dikongsikan cara-cara memohon Rumah Perakku.

Harga yang ditawarkan berbeza mengikut:

Zon A – Kawasan Bandar
Zon B – Kawasan Luar Bandar

Rumah Kos Rendah

  • Zon A – RM90,000 ke bawah
  • Zon B – RM70,000 ke bawah

Rumah Kos Sederhana

  • Zon A – RM90,001 – RM180,000
  • Zon B – RM70,001 – RM140,000

Rumah Perakku 3 (Mesra Milik)

  • Zon A – RM180,001 – RM250,000
  • Zon B – RM140,001 – RM240,000

Baca juga: Permohonan Skim Rumah Pertamaku

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Rumah Perakku yang boleh dimuat turun di sini.

Syarat Kelayakan

Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan bagi memohon skim rumah tersebut. Antaranya:

  • Mestilah Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja yang layak memohon
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan

Anda mestilah mengisi borang dengan selengkapnya.

Sekiranya dipanggil ke temuduga, berikut antara dokumen-dokumen yang perlu anda bawa:

  1. Salinan kad pengenalan terbaru Pemohon dan isteri/suami.
  2. Salinan sijil nikah / Daftar perkahwinan
  3. Salinan sijil kelahiran / kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.
  4. Salinan Surat CCRIS dan CTOS (Jika Ada)
  5. Salinan slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan isteri/suami.
  6. Surat pengesahan dan perakuan Pendapatan bulanan pemohon dan isteri/suami dari Ahli Dewan undangan Negeri 
  7. (ADUN)/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
  8. Sekeping gambar warna Ukuran pasport(Terbaru). 

Semak Permohonan

Status permohonan boleh disemak di portal rasmi http://lphp.perak.gov.my/semak.php

Sekiranya terdapat sebarang persoalan, anda bolehlah hubungi:

LEMBAGA PERUMAHAN & HARTANAH PERAK ARAS G, BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN, JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB, 30000 IPOH, PERAK. 

Atau telefon ke nombor 05-209 5000

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.