Advertisements

Rupanya Ini Sebab Kenapa Ramai Yang Dapat Status HSO, PUS Dalam MySejahtera

Advertisements

Sejak awal pagi ini, sana sini pengguna media sosial mendakwa status mereka di aplikasi MySejahtera bertukar tiba-tiba bertukar menjadi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan Individu dalam pemantauan (PUS).

Hasil pemerhatian di laman sosial, aplikasi yang diwujudkan selepas negara dilanda penularan Covid-19 itu menjadi trending di Twitter.

Ujar penggunanya;

“Bangun pagi ini dapat notifikasi kena buat self-assessment. Pelik jugak tengok-tengok kena #PUS. Tak ada travel luar negara, bukan kontak rapat mana-mana dan tak pergi tempat PKPD.”

“Saya memang duduk di rumah sahaja, tiba-tiba dapat notifikasi mengatakan status saya Person Under Surveillance (PUS). For my history, saya tiada keluar ke mana-mana dalam 14 hari.”

“My status bertukar PUS when i have not been in contact with any clusters, other people seem to have this too, is this a glitch? This is not a glitch that people can afford to have- the PUS status is a home quarantine which i do not need.”

“MySejahtera saya belom bertukar… status still PUS….I have no close contact or symptoms of Covid-19.”

“Buat panik ja Mysejahtera ni. Pagi-pagi suruh update apps, sekali jadi PUS.”

Orang ramai kini boleh daftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui MySejahtera

Justeru, aplikasi MySejahtera tampil memohon maaf atas kesilapan teknikal membabitkan pemberian status HSO dan PUS kepada beberapa individu.

Menerusi laman Twitternya, MySejahtera menjelaskan masalah berkenaan sudah diperbaiki dan kesemua status HSO telah dipadam serta status PUS pula ditarik semula.

Pesan MySejahtera, boleh DM di Twitter mereka MYSJ ID untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Twitter Public Health Malaysia turut berkongsi langkah-langkah yang boleh dibuat individu yang masih status PUS, boleh cuba perkara di bawah:

1) Log Off dan log in balik.
2) Log off > delete MySejahtera > download semula MyS > login.
3) Log off > pergi settings > clear cache MyS > login semula.

Selain itu, ada yang mengatakan status MySejahtera mereka kembali kepada asal selepas mendapatkan bantuan di ruangan ‘helpdesk’ dalam aplikasi itu.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.