Advertisements

Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) 2022 Kini Dibuka

SABAH TALENT ENTREPRENEURSHIP PROGRAM (STEP)

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Sumber Manusia akan melaksanakan kursus Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP).

Bagi belia dan beliawanis yang berkelayakan dan berminat untuk mengikuti kursus-kursus yang di tawarkan di Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) perlulah membuat permohonan secara online.

Peserta yang berjaya mengikuti program STEP ini akan diberi peluang untuk mendalami kursus selama 3 ke 6 bulan.

Ikuti perkongsian info lanjut mengenai Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP).

Baca juga : Tawaran Biasiswa Innovalues 2022 Bagi Pelajar Ijazah

Kursus Yang Ditawarkan

Terdapat 3 jenis kursus yang ditawarkan di Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) iaitu :

  1. MOBILE AIRCONDITIONING TECHNICIAN
  2. PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN GENTIAN OPTIK
  3. MENGECAT STRUKTUR KAPAL TERBANG

Tempoh Permohonan

Permohonan Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) telah dibuka bermula 5 Ogos hingga 27 Ogos 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kaedah Latihan

Peserta yang berjaya akan diberikan peluang untuk mendalami kursus-kursus yang ditawarkan secara:

  • Bersemuka
  • Teori
  • Praktikal & Amali

Maklumat Kursus Yang Ditawarkan

Dibawah dikongsikan maklumat-maklumat mengenai kursus-kursus yang di tawarkan di Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) :

1. MOBILE AIRCONDITIONING TECHNICIAN

Kemudahan Yang Disediakan

Calon yang menyertai kursus ini akan disediakan dengan beberapa jenis kemudahan seperti:

  • Tempat Penginapan
  • Elaun latihan
  • Pakaian seragam
  • Makan dan minum
  • Insuran berkelompok

Tempoh Kursus

Tempoh penyertaan kursus Mobile Airconditioning Technician ini adalah selama 3 bulan di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah.

Kriteria Pemohon

  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera Sabah
  • Lelaki dan Wanita
  • Berkahwin atau Bujang
  • Berumur 18 – 45 tahun
  • Sihat Tubuh Badan
  • Sekurang – kurangnya tamat (PMR/SPM)
  • Berminat untuk menjadi usahawan
  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan penghawa dingin

2. PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN GENTIAN OPTIK

Manfaat Latihan

Peserta yang menyertai kursus Pemasangan & Penyelenggaraan Gentian Optik bakal menikmati manfaat latihan seperti berikut :

  • Sijil Pengiktirafan dan Kompetensi dari Iconix Niosh & TM
  • Peluang pekerjaan selepas tamat kursus

Tempoh Kursus

Tempoh kursus yang dijalankan bagi perserta adalah selama 3 bulan.

Syarat Permohonan

  • Warganegera Malaysia (Bumiputera)
  • Umur 18-30 tahun
  • Lepasan SPM
  • Boleh menulis, membaca dan mengeja
  • Sihat tubuh badan

3. MENGECAT STRUKTUR KAPAL TERBANG

Manfaat Latihan

Peserta yang menyertai kursus Megecat Struktur Kapal Terbang bakal menikmati manfaat latihan seperti berikut :

  • Sijil Pengiktirafan dan Kompetensi dari KATC Niosh & TM
  • Peluang pekerjaan selepas tamat kursus

Tempoh Kursus

Tempoh kursus yang dijalankan bagi perserta program ini adalah selama 6 bulan.

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia (Sabahan)
  • Umur 18 hingga 24 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak buta warna
  • Body Mass Index (BMI) 20-30
  • Mempunyai SKM Tahap 2 Seni Lukis Pengecatan

Cara Mohon Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP)

Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman web yang disedikan seperti berikut :

Info Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) sila ikuti laman Facebook JPSM Negeri Sabah untuk ketahui maklumat terkini mengenai program ini.

Baca juga : Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.