Advertisements

Sambung Belajar Di Kolej IJN Untuk Lepasan SPM

Advertisements

Institut Jantung Negara (IJN) kini mempelawa pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di Kolej Institut Jantung Negara.

Terdapat pelbagai program pengajian yang ditawarkan di Kolej Institut Jantung Negara seperti Perakaunan, Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Dept) dan sebagainya selain daripada bidang Kesihatan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program ini.

Kelebihan Sambung Belajar Di Kolej IJN

Pelajar yang mengikuti pengajian di Kolej Institut Jantung Negara adalah seperti berikut:

  • Pemberian elaun sebanyak RM 450 sebulan.
  • Asrama disediakan
  • Pengangkutan disediakan
  • Peluang pekerjaan bersama IJN Group
  • Percuma “Professional Courses with Certificate”
  • Peruntukan RM 200 untuk tiket penerbangan ke KLIA khas untuk pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan.

Program Yang Ditawarkan

Berikut merupakan program pengajian yang ditawarkan di Kolej Institut Jantung Negara adalah :

  • Diploma in Pharmacy
  • Diploma in Psychology
  • Diploma in Healthcare Management
  • Diploma in Physiotherapy
  • Diploma in Occupational Safety & Health
  • Diploma in Business Administration
  • Diploma in Human Resources Management
  • Diploma in Accounting

Baca juga: Program Talent Rakyat Protege Yayasan Bank Rakyat

Syarat Kelayakan Permohonan

Pelajar yang berminat untuk memohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Lulus SPM dengan minima 3 kredit (kecuali Program Diploma in Physiotherapy yang memerlukan minimum 5 kredit).

Cara Memohon

Pelajar yang berkelayakan boleh hadirkan diri bagi sesi temuduga di lokasi dan masa di bawah:

  • Lokasi : Institut Jantung Negara Kuala Lumpur
  • Masa : 10 September 2022 (Sabtu, 9.00 pagi)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kemasukan pelajar ke Kolej Institut Jantung Negara, sila hubungi pegawai bertugas di talian Whatsapp 013 5801286.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.