Advertisements

Sebab Kena Ada Pulse Oximeter Untuk Kegunaan Di Rumah

Advertisements

Ramai pula cari Pulse Oximeter sejak tular tentang bahayanya Happy Hypoxia yang dikatakan kerap berlaku pada pesakit Covid-19 dan menjadi pembunuh senyap tidak bergejala.

Happy Hypoxia merupakan keadaan di mana individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan namun ianya tidak dapat dikesan kerana pesakit tidak mengalami sesak nafas atau tanda lain seperti pada hypoxia biasa.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Happy Hypoxia untuk makluman bersama, terutamanya pesakit COVID19 dan penjaganya.

Bahaya Happy Hypoxia

Normalnya, kadar oksigen di dalam darah (saturasi oksigen) adalah 95%-100% atau sekitar 75-100 mmHg.

Ketika kadar oksigen di dalam darah seseorang berkurang hingga dibawah tersebut, tubuh akan mengalami kekurang oksigen iaitu hypoxia.

Bagi hypoxia biasa, ketika kekurangan oksigen, tubuh akan mengirim isyarat kepada otak melalui saraf untuk bekerja mencari oksigen lebih banyak, lalu menyebabkan sesak nafas.

Apabila terkena hypoxia, tahap pernafasan pesakit boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Namun, pada pesakit Covid-19, happy hypoxia boleh berlaku di mana tiada sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

Happy hypoxia kini dianggap sebagai ancaman kepada golongan muda yang memiliki imuniti badan yang tinggi.

Ini kerana, golongan muda dikatakan masih boleh berada dalam keadaan selesa walaupun paras oksigen telah jatuh ke tahap 81%, manakala golongan yang lebih berusia telah mula menunjukkan simptom (seperti sesak nafas) pada paras oksigen 92%.

“Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil ‘Happy Hypoxic’, kata Dr Nurul Yaqeen Mohd Isa, Pakar Perunding Perubatan dan Paru-paru Pusat Perubatan Sunway Velocity Kuala Lumpur menerusi sebuah artikel di Harian Metro.

Apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, hal ini menyebabkan golongan muda lewat untuk mendapatkan rawatan, sekaligus menjadikan COVID19 sebagai ancaman yang amat merbahaya dan boleh menjadi pembunuh senyap.

Baca juga: 7 Cara Senam Untuk Kecilkan Peha Dan Pinggul

Simptom Terkena Happy Hypoxia

Antara simptom terkena Happy Hypoxia terutamanya kepada pesakit COVID19 adalah seperti berikit:

1. Penurunan kadar oksigen

Kekurangan oksigen di dalam darah boleh dipantau dengan ‘pulse oximeter’ atau menggunakan alatan di hospital.

Pastikan anda alert dan segeralah ke hospital jika tahap oksigen kurang daripada 95%.

2. Batuk bertambah kuat

Kekurangan oksigen juga boleh membuat batuk semakin kuat karena paru-paru tidak memiliki cukup pertukaran CO2 dengan oksigen.

3. Berpeluh atau berasa semakin lemas

Kurangnya oksigen membuat tubuh semakin lama semakin lemas atau berpeluh-peluh.

4. Warna bibir atau hujung jari mulai kebiruan

Warna bibir atau hujung jari yang membiru menjadi pertanda oksigen tak sampai ke seluruh bagian tubuh.

Apabila anda mendapati adanya simptom-simptom di atas pada anda atau jagaan anda, segera hubungi ambulans atau bawa ke hospital.

Sebab Kena Ada Pulse Oximeter Untuk Kegunaan Di Rumah

Menurut Dr Nurul lagi, setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, ‘Pulse Oximeter’ kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19 terutamanya ketika kuarantin di rumah.

Sebab kena ada Pulse Oximeter untuk kegunaan di rumah:

  1. Menjadi alat pengukur kadar oksiden dalam darah.
  2. Pengesanan awal kandungan oksigen rendah 95% ke bawah.

Cara Menggunakan Pulse Oximeter Di Rumah

Berikut dikongsikan cara menggunakan pulse oximeter:

  1. Cuci tangan sebelum dan sesudah menggunakan oximeter.
  2. Pastikan kuku dalam kondisi bersih, tidak panjang, dan hindari penggunaan cat kuku berwarna gelap atau kuku palsu.
  3. Hangatkan jari tangan, terutama jika jari terasa dingin.
  4. Nyalakan suis (butang on) oximeter dan posisikan jari, baik jari telunjuk, jari tengah, atau ibu jari, di antara ruang kepitan oximeter.
  5. Setelah oximeter terpasang, duduk diam dan jangan buat pergerakan.
  6. Tunggu selama beberapa detik hingga alat berjaya mengukur kadar oksigen dalam darah.

Tanda Bacaan Pulse Oximeter

Bagi mengetahui maksud bacaan pada pulse oximeter dan mengenal tahap bahaya, sila rujuk jadual di bawah:

Jenis Pulse Oximeter Yang Diiktiraf

Sebelum membeli, pastikan Pulse Oximeter yang anda cara adalah berdaftar dengan Medical Device Authority (MDA), sebuah badan bawah KKM.

Jenis yang mudah dan murah adalah Creative Medical PC-60A. Sememang ada dalam registry FDA berharga lingkungan RM60 jenis wayar dan RM100 jenis bluetooth.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.