Advertisements

Selangor Bakal Bina Kompleks Perumahan Buat 60,000 Pekerja Negeri Selangor

Advertisements

Menerusi pembentangan Belanjawan 2022 pada 26 November tahun lalu, Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari telah mengumumkan pembangunan Kompleks Perumahan Pekerja Selangor di lapan lokasi untuk menempatkan 60,000 pekerja.

Kerajaan negeri telah memperuntuk RM5 juta bagi membina kompleks perumahan pekerja yang akan dilaksanakan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Projek terbabit bakal melibatkan beberapa kawasan antaranya Petaling, Klang, Hulu Langat dan beberapa lagi kawasan sekitar.

Inisiatif itu bertujuan memartabat hak asasi pekerja industri melalui penyediaan kediaman kondusif, sistematik, berpengurusan dan selamat dari aspek kesihatan menerusi sistem pengudaraan sesuai.

ianya juga sebagai menyahut saranan dalam membangunkan perumahan sistematik pekerja di Selangor dan menjaga kebajikan dan kesihatan pekerja khasnya warga asing.

Baca juga: Permohonan Bantuan Sihat Selangor 2022 Secara Online

Menurut Dato’ Amirudin Shari, kompleks terbabit bakal dilengkapi kemudahan seperti kedai dobi, restoran dan kedai runcit.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Untuk makluman, penempatan pekerja pada perumahan ini merangkumi sektor perindustrian. Di mana peruntukan kerjasama antara pihak awam-swasta dianggarkan skeitar RM15 juta dan melibatkan pembangunan pada kawasan seluas 145 ekar.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.