Advertisements

Selangor Benarkan Solat Tanpa Penjarakan Mulai 1 April

Advertisements

Berkuat kuasa 1 April ini, solat berjemaah di Selangor dibenarkan dilakukan tanpa penjarakan sosial dan saf boleh dirapatkan seperti biasa.

Namun ianya, dibenarkan kepada individu berumur 18 tahun dan ke atas yang lengkap dua dos vaksin COVID-19, membawa sejadah dan memakai pelitup muka sahaja dibenarkan hadir ke masjid dan surau.

Perkara ini diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas satu rundingan di buat bersama beberapa agensi kerajaan negeri dan ahli-ahli Dewan Diraja Selangor.

Pengumuman tersebut selaras dengan pengumuman kerajaan berkenaan fasa peralihan ke endemik yang bakal dilaksanakan pada 1 April akan datang.

Selain itu, solat terawihSelain solat fardhu, kebenaran terbabit juga terpakai untuk solat-solat lain seperti solat jumaat dan solat jenazah.

Bagi aktiviti pengimarahan masjid di bulan Ramadan, Sultan Selangor berkenan solat tarawih dilaksanakan 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini di semua masjid dan surau di negeri ini.

Walaupun kelonggaran ini diberikan, rakyat Selangor dinasihati supaya untuk terus berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengikuti semua arahan yang dikeluarkan oleh kementerian dari semasa ke semasa.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Berdasarkan rekod, penularan wabak COVID-19 masih tinggi di Selangor yang mencatat jumlah kematian sebanyak 10,413 setakat 19 Mac lalu dengan lebih 50 peratus daripadanya adalah orang Melayu.

Baca juga: Perak Benarkan Rapatkan Saf Solat Jemaah Mulai 1 April

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.