Advertisements

Selangor Saring : Program Pengesanan Awal Penyakit

Advertisements

Selangor Saring merupakan satu program saringan kesihatan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor khas untuk penduduk Selangor.

Program saringan kesihatan ini membolehkan individu menjalani rawatan penyakit sedari awal sekaligus membantu meningkatkan peluang seseorang individu itu untuk sembuh.

Sebanyak RM3.4 juta peruntukan juga telah diluluskan dan dibentangkan dalam Belanjawan Selangor 2022 yang lalu untuk tujuan ini.

Daripada jumlah keseluruhan peruntukan tersebut, RM 1.5 juta diperuntukkan bagi saringan penyakit kronik, RM 800 000 bagi saringan pelbagai jenis kanser, RM 100 000 bagi kesihatan mata, dan RM 300,000 diperuntukkan bagi intervensi obesiti

Sasaran seramai 39 ribu penduduk di Selangor yang layak di kesemua 56 DUN di negeri Selangor dijangka bakal mendapat manfaat daripada program ini.

Baca juga: Program Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) 2022

Jenis Penyakit Yang Disaring

Melalui program ini, penduduk Selangor yang layak dapat menjalani saringan kesihatan bagi tiga kategori penyakit berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Penyakit tidak berjangkit termasuklah penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.
  2. Penyakit kanser termasuklah kanser kolorektal, prostat, serviks dan payudara.
  3. Penyakit berkaitan mata seperti rabun, glaukoma dan retina.

Syarat kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan program Selangor Saring

  1. Individu-individu yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, berat badan berlebihan, faktor keturunan dan lain-lain.
  2. Individu yang masih belum dikenalpasti oleh doktor mempunyai penyakit yang dinyatakan untuk mendaftar ke Program Selangor Saring ini.

Cara Mendaftar Program Selangor Saring

Pendaftaran bagi program Selangor Saring ini boleh dibuat menerusi aplikasi SeLangkah mulai 6 Mei 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan program Selangor Saring sila layari laman sesawang rasmi Selangor Saring atau boleh terus menghubungi urusetia bertugas di talian Hotline Selcare di talian 1-800-22-6600.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.