Advertisements

BKC: Semak Cara & Kemaskini Maklumat Akaun Bank Bermula 9 Oktober

Advertisements

Kepada penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang berstatus gagal kredit atau yang tiada maklumat akaun bank sebelum ini, pihak LHDN memaklumkan agar membuat kemaskini maklumat akaun bank bagi tujuan bayaran BKC Fasa seterusnya.

Oleh yang demikian, untuk fasa seterusnya pihak LHDN memohon penerima sebelum ini yang berstatus gagal kredit atau tiada maklumat akaun bank agar membuat kemaskini akaun bagi memudahkan urusan pembayaran.

Kemas kini Maklumat Akaun Bank BKC

Bagi mereka yang menerima status kredit “GAGAL KREDIT” melalui semakan Bantuan Khas Covid-19, anda boleh membuat kemas kini melalui dua cara iaitu;

  • Secara dalam talian
  • manual

Sekiranya ingin kemas kini secara dalam talian (online), boleh berbuat demikian melalui portal BKC https://bkc.hasil.gov.my/

Akaun bank yang hendak dikemaskini hendaklah akaun bank berstatus aktif.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.

Terlupa password?

Sekiranya pemohon terlupa kata laluan /password akaun BKC bolehlah ikuti langkah berikut;

  • Layari portal MyBKC iaitu https://bkc.hasil.gov.my/
  • Sekiranya terlupa password BKC, anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut: a)Bagi mereka mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian;
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian dan klik seterusnya
  • Kata laluan baharu akan diemelkan pada e-mel yang didaftarkan berkenaan
  • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKC
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
  • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu

b) Bagi mereka yang tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BPR 2021 atau percukaian / e-mel tidak sah

Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

Tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank BKC

Tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank boleh dibuat pada portal BKC https://bkc.hasil.gov.my/ mulai 9 Oktober 2021 sehingga 21 Oktober 2021.

Tarikh Pembayaran BKC Untuk Fasa 2

Pembayaran BKC untuk fasa 2 adalah pada bulan November 2021.

Tarikh sebenar akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas ini.

Berdasarkan pengalaman bayaran BKC fasa pertama yang lalu, proses pengkreditan Fasa 1 dikreditkan pada awal bulan iaitu pada 6 September dan selesai sekitar 10 September 2021.

Oleh yang demikian, berkemungkinan juga proses pengkreditan fasa 2 pada awal bulan ataupun bergantung kepada pengumuman kerajaan selepas ini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FAQ (soalan lazim) di laman portal https://bkc.hasil.gov.my/

Sumber: LHDN

Baca juga: Langkah Memohon Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.