Advertisements

Cara Semak Dan Bayar Cukai Tanah Setiap Negeri Secara Online

Advertisements

Cara semak dan bayar cukai tanah setiap negeri sebelum ini kebanyakannya perlu menghadirkan diri ke kaunter fizikal. Bagi anda yang sudah memiliki rumah sendiri pasti pernah beratur panjang untuk membayar cukai tanah.

Namun kecanggihan teknologi dan kemudahan internet masa kini telah memudahkan kita dengan kewujudan cara untuk bayar cukai tanah secara online mengikut Portal Rasmi Pejabat Tanah negeri masing-masing.

Cukai tanah merupakan cukai tahunan yang dikenakan ke atas hartanah persendirian di Malaysia

Harus diingatkan yang cukai tanah dan lain-lain cukai seperti cukai pintu memainkan peranan yang penting dalam membiayai pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur awam.

Mari ikuti perkongsian kami bagaimana cara semak dan bayar cukai tanah setiap negeri secara online.

Baca juga: Cara Daftar Online Banking Bank Islam

Kadar Bayaran Cukai Tanah

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Kadar akan berbeza juga mengikut jenis tanah dan hak milik yang dinyatakan pada geran anda.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sebagai kiraan asas, caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kebanyakkan kes, cukai tanah di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi anda boleh cuba untuk menghubungi pejabat tanah tertentu atau pergi ke pejabat mereka untuk bertanyakan tentang kadar bayaran.

Selain itu, tak semua pejabat tanah negeri ada menyediakan kadar cukai tanah di laman web mereka, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

Baca juga: Cara Mohon Nikah Online & Prosedur Isi Borang Nikah SPPIM

Portal Semak Dan Bayar Cukai Tanah Setiap Negeri

Sekarang hampir semua negeri telah pun mewujudkan portal semak dan bayar cukai tanah secara online

NegeriPortal Semakan
PULAU PINANGhttps://ebayar.penang.gov.my
PAHANGhttps://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php
SELANGORhttps://ehasil.selangor.gov.my/app/search
KEDAHhttps://ebayaran.ptgkedah.gov.my/ 
JOHORhttps://onlinepayment.johor.gov.my/ 
WP KUALA LUMPURhttps://www.ptgwp.gov.my/etanah-Awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml
SABAHhttp://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my
TERANGGANUhttp://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php
KELANTANhttps://hasiltanah.kelantan.gov.my/
PERAKhttps://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/
PERLIShttps://ptg.ptgps.gov.my/esemakan/
NEGERI SEMBILANhttps://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html
MELAKAhttps://ebayar.melaka.gov.my

Cara Bayar Cukai Tanah Melalui Online Banking

Selain daripada portal di atas, cukai tanah juga boleh dibayar melalui perbankan atas talian di bawah:

  1. Maybank2u
  2. CIMBClicks
  3. RHB Online
  4. aplikasi Pos Malaysia.

Caranya anda hanya perlu memilih pejabat tanah negeri pilihan anda di bahagian ‘New Payee‘. Namun tidak semua pejabat tanah negeri membolehkan pembayaran secara online banking ini.

Cara Bayar Cukai Tanah Di Kaunter

Jika anda lebih sukakan cara manual, anda boleh pergi terus ke pejabat tanah yang berkenaan untuk membuat pembayaran cukai tanah.

Ada juga cukai tanah negeri tertentu yang boleh dibayar di Pos Malaysia, seperti:

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • WP Kuala Lumpur
  • Selangor
  • Perak
  • Putrajaya

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.