semak status permohonan br1m 2018

Cara Semak Status Permohonan BR1M 2018 & Tarikh Bayaran BR1M

Untuk makluman permohonan / kemaskini BR1M telah pun ditutup pada 31 Disember 2017. Bagi penerima yang masih ragu-ragu sama ada layak atau pun tidak, berikut dikongsikan cara semak status permohonan BR1M 2018.

Semakan BR1M kini lebih mudah kerana anda boleh melakukannya secara online melalui portal eBR1M.

Selain itu, anda boleh baca juga beberapa artikel yang kami terbitkan tentang BR1M seperti:

Cara Semak Status Permohonan BR1M 2018

semakan status permohonan br1m 2018

Status permohonan BR1M 2018 boleh diketahui apabila kerajaan mengumumkan mengenai pembayaran BR1M 2018 yang akan bermula pada bulan Februari, Jun dan Ogos.

Pemakluman tentang status permohonan BR1M adalah seperti berikut:

  • Surat makluman yang akan dicetak dan diposkan kepada pemohon;
  • Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my;
  • Semakan secara Aplikasi Mobile BR1M;
  • Melalui e-Mel berdasarkan alamat e-Mel yang dikemukakan semasa permohonan terutama bagi permohonan yang berstatus tidak lulus;
  • Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MoF: 03-8882 4565 / 4566; atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Berikut adalah penerangan bagi status permohonan anda:

  • Didaftarkan: Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
  • Diterima: Permohonan Telah Dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
  • Dalam Proses: Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
  • Ditangguhkan: Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan semasa tempoh rayuan
  • Lulus: Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  • Tidak LulusPermohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
  • Status Kredit Tidak BerjayaSurat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Jadual Pembayaran BR1M 2018

Dalam pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri mengumumkan tiada kenaikan kadar maksima BR1M dan ianya dikekalkan sebanyak RM1,200 bagi penerima kategori 3.

  • Kategori 1: Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Kategori 2: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.
  • Kategori 3: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
KategoriJumlah Bayaran (RM)Bayaran Pertama (Feb)Bayaran Kedua (Jun)Bayaran Ketiga (Ogos)
1450450
2900300300300
31,200400400400

Semoga perkongsian cara semak status permohonan BR1M 2018 membantu anda mengetahui status permohonan masing-masing.

Pastikan anda baca juga: Tarikh PRU14 Pada 25 Mac 2018?

Sekiranya anda ada sebarang soalan dan ingin berurusan terus dengan BR1M, sila berkunjung ke mana-mana kaunter BR1M di LHDN atau hubungi talian hotline BR1M di nombor 1-800-88-2716.