Advertisements

Cara Terkini Semak Status Tracking Nombor Pos Laju

Advertisements

Pembelian secara online semakin hari semakin mendapat sambutan ramai dikalangan masyarakat di Malaysia. Secara tidak lansung, perkhidmatan syarikat penghantaran juga semakin diperlukan untuk menghantar barangan pembelian online pelanggan.

Kebanyakan perkhidmatan penghantaran yang diguna pakai oleh peniaga online adalah melalui Poslaju. Ini kerana lebih dari 80 peratus kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia telah berjaya dihubungkan. Di mana pos laju mempunyai liputan rangkaian kurier yang terbesar dan terluas di Malaysia.

Tetapi bagaimanakah cara untuk menyemak atau tracking status kedudukan barangan tersebut?

Baca juga: Cara Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos

Terdapat 4 cara mudah untuk semak status penhantaran barangan melalui Poslaju. Antaranya adalah:

1. Semakan Secara Online (Track & Trace My Parcel)

  • Sila masukkan nombor tracking kurier atau consignment note – tracking numbers pada ruangan Track & Trace yang disediakan.
    *Jangan jarakkan nombor
  • Klik butang Track Your Item untuk melihat status penghantran (poslaju parcels)
  • Klik pada tracking number untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penghantaran (delivery status)

2. Semakkan Melalui SMS

Perkhidmatan SMS atau Sistem Pesanan Ringkas juga disediakan bagi pelanggan telco Maxis, Celcom dan Digi. Caj akan dikenakan sebanyak RM0.50 sen bagi setiap SMS.

  • Taip PL<jarak>Nombor Tracking dan hantarkan ke 33333
  • Contoh:  PL EN279018099MY

3. Semakkan Melalui Aplikasi Pos Malaysia

Google Play : Android

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

App Store : Apple iOS

  • Muat turun aplikasi Pos Malaysia di smart phone anda.
  • Masukkan nombor tracking kurier (consignment note – tracking numbers) pada ruangan yang disediakan (Track & Trace)
  • Klik butang carian untuk mendapatkan status barangan anda

4. Semakan Secara Online Support

  • Sila layari Pautan AskPos untuk bertanyakan tentang status barang anda.
  • Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Pos Laju Malaysia akan membantu dalam mengesan status penghantaran barangan anda.
  • Sila Personal Message (PM) di laman FB AskPos pada waktu bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang

Perkhidmatan Pos Laju


Berikut adalah di antara perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh Poslaju Malaysia:

  • Penghantaran pantas hari sama
  • Penghantaran Hari Seterusnya
  • Pos Parcel
  • Masa Perkhidmatan tertentu
  • On-Demand Pick-up
  • Pos Ekspres
  • Pos Laju Pack

Maklumat Lanjut

Jika pelanggan Poslaju menghadapi sebarang masalah seperti hilang, barang tidak sampai mahupun lewat sampai atau barang pos yang telah diterima rosak, anda boleh membuat aduan dengan menghubungi talian bantuan seperti berikut:

Pos Laju Hotline Customer Service Tel:
03-22672267 / 1 300 300 300 / 03-76261900 (Luar negara)

Waktu Operasi :
Isnin – Jumaat (8.30am-8.00pm),
Sabtu (8.30am – 5.00pm) -kecuali sabtu pertama setiap bulan tracking api, parcel tracking, track pos laju, poslaju tracking number, official website.

Sumber: Pos Laju Malaysia

Baca juga: Cara Semak Dan Bayar Cukai Tanah Setiap Negeri Secara Online

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.