Kepada ibu bapa dan para penjaga yang telah membuat pendaftaran anak-anak untuk darjah 1 tahun 2023/2024, anda boleh membuat semakan keputusan penempatan sekolah secara atas talian (online) melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baca juga : BUDI Sabah : Bantuan Tunai Pendaftaran IPT 2022 Sehingga RM2,000
Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023/2024
Anda boleh membuat semakan penempatan murid Tahun 1 2023/2024 bermula 1 Ogos 2022.
Cara Semak Status Penempatan Tahun 1 Sesi 2023/2024
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status :
- Layari laman web https://public.moe.gov.my/
- Tekan pada butang log masuk
- Tekan pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
- Pilih Semakan Penempatan
- Status permohonan murid akan dipaparkan
- Cetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan



Tarikh Rayuan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023/2024
Perkhidmatan Dalam Talian ialah sebuah sistem SPS (Model Pengurusan Murid) bagi melancarkan rayuan untuk pendaftaran tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu-bapa murid perlu mengisi borang manual.
Ibu bapa boleh membuat rayuan permohonan penempatan Tahun 1 sesi 2023/2024 mulai 1 Ogos 2022 sehingga 30 ogos 2022.
Ibu bapa dan penjaga boleh membuat semakan dan rayuan pada tarihk yang telah diberikan melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Baca juga : BUDI Sabah : Bantuan Tunai Pendaftaran IPT 2022 Sehingga RM2,000