Advertisements

Cara Semakan Permohonan Bantuan Kasih Johor

Apakah Itu KASIH JOHOR?

Advertisements

KASIH JOHOR adalah inisiatif baucer barangan keperluan RM200 kepada isi rumah B40 sempena Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 3.0 Ihsan Johor yang diumumkan oleh YAB Dato’ Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor pada bulan JUN 2021.

Objektif KASIH JOHOR ini adalah untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan B40 yang belum pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri.

Siapakah Yang Layak Menerima KASIH JOHOR?

Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data isi rumah BPR yang berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) negeri Johor (RM 2,500 ke bawah) dan telah disemak silang dengan data-data penerima bantuan dan serta disusun mengikut keutamaan mengikut jumlah tanggungan isi rumah tertinggi adalah layak menerima KASIH JOHOR.

Baca juga: Program PRIHATIN Kasih: Semak Status Penerima RM100 Sebulan

Siapakah yang boleh saya hubungi sekiranya saya tidak disenaraikan sebagai penerima KASIH JOHOR?

Jika nama anda tidak tersenarai, nama anda berkemungkinan sedang berada di dalam senarai simpan atau menunggu.

Nama anda akan terpilih sekiranya penerima sedia ada tidak membelanjakan KASIH JOHOR yang diterima ini.

Adakah saya perlu memohon KASIH JOHOR?

Anda tidak perlu memohon KASIH JOHOR. Penerima akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Jika anda tidak menerima SMS, anda boleh juga membuat semakan di laman web MyKasih .

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan anda di ruangan Semakan Status.

Contoh semakan IC yang berjaya menerima bantuan KASIH JOHOR

Tempoh Sahlaku Dan Cara Menebus Baucer

  • Penerima boleh menggunakan baucer barangan tanpa tunai di pasaraya yang mengambil bahagian sehingga 31 Disember 2021.
  • Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya.
  • Namun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu hujung bulan Januari 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Kategori Barangan Makanan Seperti Berikut

  • Beras
  • Bahan Perasa (Contoh: Kicap, Sos, Gula, Garam)
  • Mee Segera
  • Tepung
  • Telur
  • Minyak Masak
  • Biskut
  • Minuman (Contoh: Susu, Milo, kopi, Teh, Nescafe)
  • Makanan Dalam Tin (Sardin)
  • Tuala Wanita & Lampin Pakai Buang

Berikut Adalah Antara Aturcara Pembelian Bantuan Makanan MyKasih

Nota: Pastikan anda membawa MyKad semasa ingin menebus baucer barangan MyKasih.

Sebelum membuat tebusan baucer barangan MyKasih, anda boleh menyemak terlebih dahulu pasaraya yang mengambil bahagian dalam menyediakan barangan MyKasih.

Boleh buat semakan disini: https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx

Sumber: KASIH JOHOR

Baca juga: Permohonan MyKasih Kapital: Bantuan Modal Perniagaan RM1,000

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.