Sempadan darat Malaysia Singapura dibuka mulai 1 April akan datang.
Persetujuaan tersebut diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong selepas mengadakan panggilan telefon.
Walaubagaimanapun, sempadan darat kedua-dua negara hanya bagi pengembara yang lengkap vaksinasi tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian Covid-19 sejajar dengan peralihan kehidupan fasa mendepani pandemik.
Katanya, ini termasuk ujian pra pelepasan dan semasa ketibaan serta terpakai ke atas semua kategori pengembara dan jenis pengangkutan darat.
Ismail Sabri berkata, Malaysia akan membuka sempadan kepada pengembara antarabangsa bermula tarikh yang sama, dan seterusnya melakar satu lagi kejayaan penting dalam memudah cara perjalanan rentas sempadan dengan jiran terdekat, Singapura.
Persetujuaan ini amat penting bagi menyumbang kepada usaha-usaha pemulihan dengan impak positif ke atas ekonomi dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara
Kedua-dua Perdana Menteri mengakui bahawa Malaysia dan Singapura menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan khususnya dalam pelaksanaan program vaksinasi dan pengurusan pandemik Covid-19 bagi penduduk negara masing-masing.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Dua pemimpin itu turut mengambil maklum atas kemajuan yang dicapai dalam meneruskan perjalanan rentas sempadan melalui Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (Udara) dan (Darat).
Baca juga: Protokol Am Pembukaan Semula Sempadan Negara Mulai 1 April
