Advertisements

Sempadan Malaysia-Thailand Bakal Dibuka 1 April

Advertisements

Selaras dengan pengumuman kerajaan Malaysia menuju ke peralihan fasa endemik mulai April nanti, sempadan antara Malaysia dan Thailand melalui darat akan dibuka.

Menurut persetujuaan yang dicapai antara dua kerajaan ini, kedua-dua negara itu bersetuju membuka pintu masuk di Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan buat masa ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pergerakan keluar masuk kedua-dua negara itu hanya terhad kepada pelancong sahaja setakat ini, manakala kemasukan secara harian dan lain-lain masih dibincangkan.

Tambah beliau lagi, pengembara Thailand perlu mematuhi protokol am pengembara umum yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia dan Singapura sudah bersetuju membuka sempadan darat dan membenarkan pengembara kedua-dua negara yang lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.

Mulai 1 April akan datang, tujuh prosedur pengembara akan dimansuhkan apabila Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik, antaranya tiada lagi senarai negara berisiko tinggi.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.