Advertisements

BKSS 8.0 – Senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022

Advertisements

Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam sebuah sidang media Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022.

Katanya, kerajaan menyalurkan bantuan berjumlah RM5.3 bilion bagi membantu meringankan beban rakyat dan memulihkan semula ekonomi pada tahun dalam BKSS 1.0 hingga ke BKSS 7.0 pada 2020 dan 2021,

Terkini, jika Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjanjikan rakyat negeri itu bakal menerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 8.0).

Berikut merupakan senarai bantuan BKSS 8.0 yang bakal disalurkan pada tahun 2022 kelak.

Baca juga: Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) Sesi 2022

Senarai Bantuan BKSS 8.0

1. Bantuan Kewangan 6 Bulan

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Peruntukan sebanyak RM285.47 juta untuk selama enam bulan sepanjang tahun 2022 dan memberi bantuan secara ‘one off’.

2. Diskaun Bil Elektrik & Bil Air

Diskaun bil elektrik dengan peruntukan RM166.8 juta yang memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah.

Diskaun bil air sebanyak RM24 juta diperuntukkan untuk memberi manfaat kepada 646,131 isi rumah.

3. Diskaun Penyewa Rumah

Kerajaan, katanya, akan turut memberi diskaun 50 peratus kepada 3,200 penyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan dengan menyedia peruntukan sebanyak RM2.6 juta.

4. Diskaun Sewa Pasar dan Gerai

Pengecualian sewa bagi pengusaha PKS yang menyewa premis milik syarikat berkaitan kerajaan negeri dengan menyedia peruntukan RM2 juta dan diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menyedia peruntukan RM1.7 juta.

5. Insentif RM500 Pengusaha Perahu, Teksi, Bas & Van Berlesen

Seramai 1,725 pengusaha perahu tambang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, bas sekolah dan operator van akan menerima insentif RM500 sekali bayar dengan jumlah keseluruhan RM0.87 juta, katanya.

6. Geran Peniaga / Penjaja RM1,000

Geran sekali bayar RM1,000 akan diberikan kepada 87,500 penjaja melalui Sarawak Pay dengan peruntukan RM87.5 juta turut disediakan, katanya.

Lain-lain Bantuan

Selain bantuan yang disebutkan di atas, difahamkan terdapat beberapa lagi bantuan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2022 iaitu:

  • Housing Deposit Assistance Scheme . Skim ini ada menyediakan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM 10,000 kepada golongan B40 dan M40 , dan ini akan diuruskan oleh MUTIARA. This assistance is applicable to affordable housing projects sanctioned by State Government.
  • Peruntukkan baru diberikan untuk membantu persatuan persatuan yang berkaitan Heritage, Arts dan Culture.
  • Bantuan Khas satu 1 1/2 bulan gaji untuk penjawat awam dan RM 500 kepada penjawat awam persekutuan bagi tahun 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FAQ Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0 melalui pautan di bawah:

Sumber: Utusan Borneo

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.