Senarai pelepasan cukai 2021 untuk e-Filing 2022 yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing sepanjang tahun 2021 kini boleh dirujuk.
Bagi anda yang belum mengerti kenapa perlu membayar cukai, ketahuilah dana cukai sangat diperlukan untuk membina dan menambah baik kemudahan yang anda nikmati setiap hari.
Cukai pendapatan anda juga digunakan untuk melaksanakan program kerajaan yang membantu orang miskin dan berlainan upaya.
Siapa Perlu Bayar Cukai Pendapatan?
Mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Tidak kira anda bekerja makan gaji atau bekerja sendiri, menerima pendapatan dari dalam atau luar negara anda juga perlu bayar cukai jika pendapatan sekiranya layak.
Sekiranya anda layak dikenakan potongan PCB, anda dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat. Anda boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.
Namun, anda masih boleh menuntut pelepasan cukai dan jika pendapatan anda kurang daripada nilai tersebut, ia adalah satu amalan baik untuk menyatakan pendapatan anda kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Kesan Jika Tak Bayar Cukai Pendapatan
Terdapat tiga perkara utama yang akan berlaku jika anda gagal melaksanakan tanggungjawab bayar cukai sebagai rakyat Malaysia:
1. Kena penalti 10%
Jika anda tak bayar cukai, anda boleh dikenakan penalti 10% daripada pendapatan bercukai anda. Kemudian, anda boleh dikenakan lagi penalti 5% selepas sebulan anda tak bayar. Ini boleh menjadi punca hutang tertunggak jadi lebih baik anda selesaikan bayaran cukai secepat mungkin. Kesalahan penuh tak bayar cukai boleh dirujuk di laman web LHDN.
2. Tindakan mahkamah
Jika anda masih tak membayar hutang cukai setelah sekian lama, tindakan mahkamah boleh dikenakan. Harta benda dan barang peribadi anda akan disita oleh pihak kerajaan seperti seorang yang digelar muflis. Anda juga boleh dipenjarakan jika hutang cukai tersebut masih tidak diselesaikan walaupun setelah disita harta benda.
3. Tidak dibenarkan keluar negara
Sebagai seorang yang berhutang, sekatan perjalanan keluar negara boleh dikenakan. Perkara ini boleh berlaku jika anda seorang pengarah syarikat Malaysia yang tidak menyatakan dan membayar cukai pendapatan. Hal ini akan mengimpak perniagaan serta menjejaskan kualiti hidup anda.
Baca juga: Bagaimana Anda Boleh Terpilih Untuk Diaudit LHDN?
Tanggungjawab Pembayar Cukai
Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:
- Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP). Pembayar cukai individu hendaklah menghantar secara e-Filing atau borang manual yang telah lengkap diisi pada atau sebelum;
- Individu Pemastautin dan Bukan Pemastautin yang TIDAK menjalankan perniagaan: 30 April setiap tahun
- Individu Pemastautin dan Bukan Pemastautin yang Menjalankan Perniagaan: 30 Jun setiap tahun ke alamat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian Jabatan Operasi Cukai di Menara Hasil Bangi
- Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.
- Mengira cukai pendapatan.
- Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan (contoh: Baucar dividen, resit premium insurans, resit pembelian buku, resit perubatan, resit derma, resit pembayaran zakat dan lain-lain)
- Membayar cukai kena dibayar.
Pelepasan Cukai 2021 Untuk e-Filing 2022
Pelepasan cukai 2021 kini boleh dirujuk seperti di bawah atau infografik yang kami paparkan:
1 | Individu : Individu dan saudara tanggungan : Individu kurang upaya : | RM9,000 RM6,000 |
2 | Tanggungan Isteri / Bekas Isteri / Anak : Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri : Suami / Isteri kurang upaya : Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun : ATAU Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) : ATAU Anak di IPT / Setaraf : *Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut: mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia. kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. ATAU Anak Kurang Upaya : *Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. | RM4,000 (Terhad) RM3500 RM2,000 RM2,000 RM8,000 RM6,000 |
3 | Ibu Bapa : Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) ATAU Terhad RM1,500 bagi hanya seorang ibu Terhad RM1,500 bagi hanya seorang bapa Peralatan Sokongan Asas : (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) | RM5,000 (Terhad) RM3,000 (Terhad) RM6,000 (Terhad) |
4 | Yuran pengajian (Sendiri) : 1) Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi; 2) Peringkat sarjana dan doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian | RM7,000 (Terhad) |
5 | Perbelanjaan perubatan : 1) bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) 2) bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri) 3) pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak). (Terhad RM500) | RM6,000 (Terhad) |
6 | Gaya hidup : Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi: 1) Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang); 2) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan) RM2,500 (Terhad); 3) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan 4) Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri) | RM 5000 (Terhad) |
7 | Peralatan Penyusuan : Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran) | RM1,000 (Terhad) |
8 | Yuran Taska / Tadika : Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar | RM3,000 (Terhad) |
9 | SSPN: Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2020 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2020 | RM8,000 (Terhad) |
10 | Insurans Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji : i) Kategori penjawat awam berpencen – Premium insurans nyawa ii) Kategori SELAIN penjawat awam berpencen – Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000) – Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000) Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji : RM3,000 (Terhad) Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) : RM250 (Terhad) | RM7,000 (Terhad) |
11 | Pelancongan Domestik : Perbelanjaan perjalanan domestik termasuk perbelanjaan penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong yang dilakukan pada atau selepas 1 Mac 2021. | RM1,000 (Terhad) |

Sistem Taksir Sendiri
Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep Bayar, Taksir Sendiri dan Fail.
Bayar : Potongan gaji bulanan bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian atau melalui bayaran secara ansuran bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan.
Taksir Sendiri: Membuat sendiri pengiraan cukai pendapatan.
Fail : Mengemukakan BNCP ke LHDNM dan bayaran baki cukai pendapatan jika terkurang bayar atau menuntut bayaran balik jika terlebih bayar.
Maklumat Lanjut
Sila layari laman web http://www.hasil.gov.my/ atau hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-89111000 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Pelepasan Cukai 2021 / 2022 e-Filing.