Mulai 1 Mei 2022 beberapa kelonggaran mengenai prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 akan mula berkuatkuasa di Malaysia.
Oleh itu, Menteri Kesihatan telah mengumumkan beberapa kelonggaran SOP Covid-19 dengan mengambil pendekatan yang selamat dan cermat.
Berikut dikongsikan beberapa kelonggaran yang bakal berkuatkuasa nanti.
Baca juga : Dapatkan Segera Promosi Kad Pelajar Marry Brown 2022

1. Protokol Uji & Lepas Bagi Kes Positif Covid-19
- Individu positif COVID-19 boleh dilepaskan dari kuarantin lebih awal jika mereka diuji negatif melalui RTK kendiri pada pada hari ke-4 yang diselia oleh pengamal perubatan.
- Manakala jika positif, tetap masih perlu melengkapkan kuarantin selama 7 hari.
- Pelepasan automatik akan diberikan selepas hari ke-7 tanpa perlu menjalani kuarantin lagi.

2. Kemasukan Ke Premis Tanpa Mengira Status Vaksinasi
- Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi.
- Individu yang TIDAK dibenarkan adalah yang positif Covid-19 dan yang sedang menjalani kuarantin (HSO).
3. Pemakaian Pelitup Muka Di Kawasan Terbuka TIDAK DIWAJIBKAN
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Pemakaian pelitup muka adalah WAJIB di kawasan tertutup, manakala DIGALAKKAN di kawasan terbuka – TIDAK WAJIB.
- Walaubagaimanapun, di luar bangunan pemakaian adalah amat digalakkan di kawasan sesak dan berisiko tinggi.
- Pemakaian pelitup muka adalah MASIH DIWAJIBKAN di dalam bangunan, termasuk:
- Dalam bagunan seperti pejabatan, pusat membeli-belah, lif
- Dalam pengangkutan awam seperti bas, kereta api, dan kenderaan e-hailing
- Dalam bilik darjah

4. Penjarakan Fizikal
- Penjarakan fizikal tidak lagi diperlukan
- Namun amat digalakkan bagi keadaan yang sesak dan berisiko tinggi
5. Imbasan Kod QR MySejahtera TIDAK DIWAJIBKAN
- Imbasan kod Daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan untuk memasuki premis mulai 1 Mei 2022.
- Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi.
- Walau bagaimanapun, kes positif COVID-19 dan mereka yang berada di bawah HSO masih tidak dibenarkan memasuki premis.
- Namun aplikasi MySejahtera masih penting bagi tujuan pelaporan ujian COVID-19 dan HSO digital.
- MySejahtera juga akan ditambahbaik dengan fungsi terbaru untuk mengawal penularan penyakit berjangkit.

6. Prosedur Untuk Pengembara
- Ujian COVID-19 pra-berlepas dan semasa ketibaan tidak lagi diperlukan untuk pelancong yang lengkap divaksinasi untuk memasuki Malaysia mulai 1 Mei 2022.

7. Senarai Negatif
- Senarai aktiviti yang dilarang oleh Majlis Keselamatan Negara sebelum ini telah dibenarkan.
- Semua sektor ekonomi boleh beroperasi mulai 15 Mei 2022.
Kelonggaran SOP Pada Hari Raya Aidilfitri
- Rumah terbuka atau majlis hari raya dalam bangunan dibenarkan dengan syarat memakai pelitup muka
- Penjarakan fizikal antara individu tidak diperlukan
- Status COVID-19 dilaporkan secara mingguan, tiada lagi laporan harian
- Ziarah tanah perkuburan dibenarkan dengan digalakkan memakai pelitup muka
- MySejahtera dikekalkan untuk pelaporan COVID-19, pemantauan mereka diisolasi di rumah

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai SOP, sila ikuti Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Baca juga : Permohonan Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam P. Pinang