Advertisements

Simpan Duit Di SSPN Boleh Menang Kereta Mercedes Benz AMG Line

Advertisements

Simpan duit di SSPN boleh menang kereta Mercedes Benz AMG Line. Ya! itulah hadiah paling tinggi yang ditawarkan dalam kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN dengan keseluruhan hadiah bernilai hampir RM1 juta menanti 350 orang pemenang.

Cabutan itu terdiri daripada tiga kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri.

Sebuah kereta Mercedes Benz AMG Line itu merupakan cabutan bertuah bagi kategori Cabutan Tahunan Jubli Perak. Manakala, hadiah kedua pula berupa wang tunai berjumlah RM100,000 serta hadiah ketiga berupa wang tunai bernilai RM50,000.

Haadiah sagu hati berupa motosikal Honda Dash 125 bakal menanti 22 pemenang.

Bagi kategori Cabutan Babyku Simpan, hadiah berupa wang tunai RM250,000 menanti 250 pemenang. Manakala, Hadiah Cabutan Siri berupa wang tunai hampir RM200,000, menanti 75 pemenang.

Baca juga: Program Biasiswa SLDN Daikin Bekerja Sambil Belajar Untuk Pelajar SPM

Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan, tempoh promosi bagi Cabutan Tahunan Jubli Perak dan Cabutan Khas Babyku Simpan bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember, manakala bagi Cabutan Siri adalah dari 1 April hingga 31 Disember tahun ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sementara itu, seorang pensyarah, Khang Tsung Fei, 45, berkongsi kegembiraan apabila berjaya membawa pulang hadiah utama Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021, berupa jongkong emas bernilai RM150,000.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.