Advertisements

SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ RM300 Sebulan Untuk Bukan Pencarum PERKESO

Advertisements

Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022 oleh Kementerian
Kewangan, Program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+)
kepada bukan pencarum ini merupakan penambahbaikan
kepada Program SIP PRIHATIN 2.0 yang telah berakhir pada 31
Disember 2021.

SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini adalah bantuan kewangan
diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya
graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal
yang terkesan akibat krisis wabak COVID 19 bagi meneruskan
kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu.

Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungi
insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima apabila
individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan
Bekerja (EPB)
 sekiranya telah kembali bekerja.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan cara membuat permohonan bagi program ini.

Insentif Yang Diberikan Di Bawah SIP EMP+

Berikut merupakan insentif yang diberikan di bawah SIP EMP+:

  • Permohonan yang diluluskan adalah layak untuk menerima bantuan kewangan EMP yang berjumlah RM 300 sebulan untuk tempoh 3 bulan.
  • Bayaran keempat bagi EPB akan dilaksanakan sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan.
  • Sebagai contoh, sekiranya beliau telah mendapat pekerjaan baharu semasa menerima EMP yang pertama, kedua atau ketiga, maka bayaran tambahan EPB sebanyak RM 400 akan dibayar terus pada bulan yang sama.
  • Sekiranya individu itu mendapat kelulusan pertama pada 2 Januari 2022 dan menerima tawaran pekerjaan pada 2 Julai 2022, individu tersebut adalah tidak layak untuk menerima bantuan tambahan EPB kerana penempatan pekerjaan tersebut berlaku di luar tempoh penilaian aktiviti pekerjaan iaitu 4 bulan yang telah ditetapkan.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan SIP EMP+:

  1. Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021.
  2. Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Daftar sebagai penari kerja di MyFutureJobs
  4. Menghadiri temuduga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan
  5. Kemaskini log aktiviti di Portal MyFutureJobs

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup membuat permohonan adalah pada 31 Disember
2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Insentif SIP GIG PERKESO 2022 Sehingga RM800 Sebulan Selama 6 Bulan

Cara Memohon SIP EMP+

Individu yang layak boleh memuat turun Aplikasi Prihatin PERKESO
melalui PlayStore sekiranya menggunakan peranti android atau
AppStore bagi pengguna peranti iOS.

Sekiranya permohonan ditolak, anda boleh membuat rayuan melalui Portal eAduanSIP.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai SIP EMP+ ini, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.