Advertisements

Skim Agihan Bina Rumah Kedah Untuk Guru KAFA

Advertisements

Skim Agihan Bin Rumah khusus untuk guru KAFA yang menetap dikedah Kedah kini dibuka untuk permohonan.

Skim ini boleh dipohon melalui Skim Pembiayaan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Pinjaman ini adalah bagi pembinaan sebuah rumah bernilai RM57,000 (RM63,000 bagi yang tinggal di Langkawi) bagi pembinaan di tanah sendiri atau pasangan sahaja.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai skim ini.

Jenis Pinjaman

Skim pembiayaan ini dilakukan dengan kerjasama BIMB dan LZNK.

LZNK membiayai 50% dari jumlah kos sebuah rumah iaitu RM 28,500.00 manakala bagi daerah Langkawi RM 31,500.00.

Manakala baki 50% dari kos sebuah rumah adalah melalui pembiayaan peribadi (pinjaman) dari pihak BIMB.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kadar bayaran bulanan adalah antara RM200-RM300 sebulan dalam tempoh 10 tahun.

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon mestilah memenuhi kriteria dan syarat kelayakan permohonan seperti di bawah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Suami atau Isteri merupakan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Kedah.
  • Menetap/bermastautin di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).
  • Berumur 25 tahun hingga 50 tahun dari tarikh permohonan.
  • Pendapatan/elaun bulanan isi rumah tidak kurang dari
  • RM 1,000.00 dan tidak melebihi RM 3,000.00.
  • Bukan seorang penghutang penghakiman atau muflis.
  • Memiliki keluasan tanah sekurang-kurangnya 1,500 kaki persegi dan selamat dibina.
  • Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK & BIMB

Cara Memohon

Calon yang memenuhi syarat kelayakan seperti di atas boleh membuat permohonan dengan cara:

  1. Layari laman sesawang zakat Kedah https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun
  2. Muat turun borang permohonan di bahagian “Skim Agihan Bina Rumah
  3. Hantar borang yang lengkap diisi beserta dokumen ke Pejabat Zakat Daerah mengikut alamat pemohon.

Permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dilayan sama sekali.

Baca juga: Subsidi KAFA-i: Bantuan Yuran KAFA Untuk B40

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan bersama-sama dengan borang permohonan.

  1. Salinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.
  2. Salinan sijil perkahwinan, sijil cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).
  3. Slip elaun Guru KAFA (3 bulan terkini).
  4. Slip gaji pasangan/pengesahan pendapatan.
  5. Surat pengesahan jawatan daripada Majikan.
  6. Penyata bank pengkreditan elaun (3 bulan terkini).
  7. Penyata pendapatan (Borang B/eBE/EA/EC) terkini atau Penyata KWSP terkini.
  8. Salinan geran tanah yang disahkan.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan bagi Skim Agihan Bina Rumah ini telah dibuka pada 1 Julai 2022 dan akan ditutup pada 22 Julai 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Skim Agihan Bina Rumah ini boleh melayari laman sesawang zakat Kedah atau hubungi di talian 019-4181740.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements