Advertisements

Skim Bantuan Bencana Alam JHEV Angkatan Tentera Malaysia

Advertisements

Skim Bantuan Bencana Alam adalah bantuan kewangan bagi meringankan beban dan kesusahan yang dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya.

Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan beban dan kesusahan yang dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya.

Syarat Kelayakan

  • Veteran ATM* :
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa* Tanpa mengira tempoh khidmat.
  • Veteran ATM bermaustautin di kediaman tersebut.
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.

Syarat Permohonan

Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian bencana alam.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan maksimum RM5,000 ke RM10,000 sekaligus.

Cara Memohon

Pesara yang layak boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut;

  1. Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019).
  2. Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
  3. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
  4. Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
  5. Semakan status permohonan boleh dibuat di:
    Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV

Baca juga: Permohonan Bantuan Baiki Rumah Setiap Negeri Di Malaysia 2022

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hadir ke Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri atau hubungi kami di talian 03-2050 8000.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements