Advertisements

Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor

Advertisements

Dimaklumkan bahawa Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor kini dibuka.

Kepada pelajar yang ingin membuat permohonan skim bantuan dermasiswa ini boleh ikuti info lanjut di perkongsian berikut.

Baca juga : Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022

Permohonan Tamat

Permohonan skim bantuan dermasiswa dibuka sehingga 1 September 2022 (Khamis)

Syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

  • Pemohon mestilah anak jati Negeri Johor, atau telah bermastautin di negeri tersebut tidak kurang 5 tahun berturut-turut.
  • Pemohon mestilah telah mendaftar tempat di mana-mana IPT di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Pemohon hendaklah sekurang-kurangnya mewakili Johor dalam Sukan Malaysia (SUKMA).
  • Pemberian Dermasiswa Sukan hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian.
  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat berasaskan kepada semester pengajian dengan syarat keputusan peperiksaan hendaklah dikemukakan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Johor.
  • Pemohon hendaklah menggunakan Borang DS-MSNJ yang disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor

Cara Mohon

Ikuti langkah-langkah untuk membuat permohonan di bawah:

  1. Sila muat turun borang permohonan Skim Bantuan- DI SINI
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Pastikan setiap maklumat betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke:
    • Pengarah
      Majlis Sukan Negeri Johor,
      Aras 1, Bangunan Dato’ Muhamad Ibrahim Munsyi,
      Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor.
      (Up : Urus Setia Skim Bantuan Dermasiswa)

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon diminta untuk menyediakan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Salinan Kad Pengenalan dan Surat Beranak.
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Institusi Pengajian Tinggi.
  • Salinan surat pengesahan pendaftaran/keputusan peperiksaan bagi setiap penggal/semester.
  • Salinan Sijil berhenti persekolahan dan surat akaun (Testimonal).
  • Salinan sijil-sijil persekolahan: SPM/STPM/SPMV/HSC/Diploma/Ijazah dan lain sijil jika ada.
  • Salinan suratisijil pengesahan mewakili Negeri Johor di Sukan Malaysia (SUKMA)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan jika ada.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Permohonan Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor, sila layari Facebook Majlis Sukan Negeri Johor

Baca juga : Permohonan Bantuan AM Kebajikan MAINS

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.