Advertisements

Permohonan Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP 2022

Advertisements

Baitulmal MAIWP mempelawa para penghafal Al-Quran yang berkelayakan untuk memohon Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran.

Insentif ini diwujudkan bagi menggalakkan para penghafaz Al-Quran untuk terus bergiat memartabatkan serta menjaga kesucian kitab suci Al-Quran.

Syarat Permohonan

Para penghafaz perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Islam dan warganegara Malaysia.
  2. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
  3. Mampu menghafaz Al-Quran minima 5 juzuk dan ke atas mengikut tahap hafazan dan memahami disiplin ilmu Al-Quran serta isi kandungan secara umum.
  4. Kategori juzuk yang ditawarkan adalah:
    – Juzuk 1-5
    – Juzuk 1-10
    – Juzuk 1-20
    – Juzuk 1-30
  5. Untuk pemohon kali pertama, pemohon boleh memohon mana-mana kategori juzuk bacaan.
  6. Bagi pemohon yang tidak pernah menerima bantuan (selain kategori 30 juzuk), permohonan bagi kategori juzuk yang sama TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
  7. Pemohon akan dinilai oleh panel Tasmi’ MAIWP.

Cara Memohon

Para penghafaz yang berkelayakan boleh mendapatkan borang permohonan melalui:

  1. Semua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA).
  2. Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur.
  3. Muat turun borang di laman web MAIWP https://www.maiwp.gov.my/.

Sertakan dokumen yang diperlukan berikut:

  1. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  2. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. 
  3. Satu salinan nombor akaun bank/surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini.
  4. Satu salinan bil utiliti/cukai pintu rumah yang didiami.

Baca juga: Pinjaman Desktop Dan Laptop Percuma PPAS Selangor

Tarikh Tutup Permohonan

Calon yang berminat perlulah kemukakan permohonan mulai 18 Julai hingga 15 Ogos 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat mengenai Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran, sila hubungi Unit Pendidikan Seksyen IPT di talian 03-40477600 sambungan 7411/7410/7631 (Unit Pembangunan Akademik IPTL).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements