Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menawarkan Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP kepada para asnaf yang memerlukan.
Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP ini merupakan salah satu daripada 30 skim bantuan zakat di bawah MAIWP bagi membantu meringankan bebanan ekonomi yang ditanggung oleh asnaf dan keluarga.
Menerusi skim bantuan kewangan ini, bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank akan disalurkan kepada para asnaf yang layak.
Para asnaf yang memerlukan skim bantuan kewangan ini adalah dialu-alukan memohon.
Syarat Umum
Syarat umum bagi permohonan skim bantuan kewangan ini adalah seperti berikut:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang 1 satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Muat turun borang permohonan di pautan https://www.maiwp.gov.my/i/images/maiwp/muatturun/BORANG_BANTUAN_UMUM.pdf.
- Lengkapkan borang permohonan tersebut.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan:
– Pemohon
– Suami
– Isteri
– Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan (Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan) - Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah (Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan).
– Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung - Satu salinan nombor akaun bank/surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini.
- Satu salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.
- Satu salinan bil utiliti/cukai pintu rumah yang didiami
Lain-lain dokumen yang perlu disediakan sekiranyan berkaitan dengan permohonan:
- Keluarga bercerai: Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
- Ahli keluarga telah meninggal dunia: Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.
- Saudara baru: Satu salinan kad memeluk Islam.
- Orang Kelainan Upaya: Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
- Pengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
- Sedang mengikuti pengajian di IPT.: Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar.
- Keluarga bermasalah: Satu salinan laporan polis/surat penjara.
- Muflis: Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP, sila layari laman web https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/jenis-skim-bantuan-zakat/bantuan-kewangan-bulanan