Advertisements

Skim Bantuan Pelajar IPT Risda 2022 Bagi Kemasukan Diploma & Ijazah

Advertisements

Skim Bantuan Pelajar IPT ini adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil, anak wargakerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) yang melanjutkan pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Bantuan pelajaran ini dipertimbangkan kepada permohonan Semester 1 sahaja untuk membantu sebahagian pembayaran yuran kemasukan pelajar ke IPTA atau IPTS.

Bantuan ini TIDAK layak untuk negeri-negeri yang diberi
bantuan oleh negeri atau agensi dalam negeri dan tidak mengambil kira nilai perbezaan kadar bantuan yang diberikan oleh negeri / agensi.

Skop Pembiayaan

Bidang / kursus bagi yang layak menerima bantuan Pelajaran di bawah pembiayaan Skim Bantuan Pelajaran meliputi semua kursus di Diploma dan Ijazah Pertama yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Pembiayaan bantuan adalah secara one-off dengan kadar bantuan
mengikut tahap pengajian seperti berikut:

Peringkat PengajianKadar Bantuan
DiplomaRM300.00
Ijazah PertamaRM500.00

Baca juga: Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi TAPEM 2022

Syarat Kelayakan Pemohon

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon hendaklah terdiri daripada anak-anak pekebun kecil seperti mana yang disahkan oleh Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian atau Bahagian Tanam Semula Ibu Pejabat atau anak-anak wargakerja RISDA / SMR seperti yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
  3. Pendapatan isirumah sekeluarga hendaklah RM3,000.00 dan ke bawah sebulan.
  4. Pemohon hendaklah telah menerima tawaran tempat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam / swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  5. Tahap pengajian adalah pada peringkat Diploma dan Ijazah Pertama dalam semua bidang / kursus yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam / swasta ( IPTA / IPTS ) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau peringkat pengajian yang diluluskan oleh Yayasan RISDA.
  6. Tidak mendapat bantuan dari sumber lain.

Cara Memohon

  1. Permohonan bantuan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang telah disediakan oleh Yayasan RISDA iaitu Borang YR-01/2016
  2. Borang permohonan yang telah lengkap dihantar kepada Urusetia Yayasan RISDA melalui Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian dalam tempoh 2 bulan selepas pendaftaran kemasukan pengajian ke IPTA atau IPTS.
  3. Permohonan yang diterima lewat dari tarikh tutup permohonan dan tidak lengkap akan ditolak.
  4. Setiap permohonan perlu disertakan salinan dokumen sokongan untuk tindakan urusetia Yayasan RISDA ;
  5. Setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian atau Ketua Pegawai Eksekutif SMR bagi memastikan borang permohonan lengkap, menepati syarat kelayakan bantuan dan mengesahkan pemohon adalah anak Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA / SMR
  6. Jawatankuasa Penilai Yayasan akan memberi pertimbangan ke atas semua permohonan yang diterima dan keputusannya adalah muktamad dan Jawatankuasa tidak terikat untuk memberi apa-apa alasan jika terdapat bantahan semasa menolak permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar dan Surat Beranak yang disahkan dan untuk kegunaan Yayasan RISDA sahaja
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga ( Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA / SMR )
  • Salinan Surat Tanam Semula RISDA sebagai bukti anak Pekebun Kecil ( TS32 / RISDA7 / TS 18A )
  • Salinan geran tanah Tanam Semula sebagai bukti anak Pekebun Kecil
  • Salinan Penyata Gaji / pengesahan Pendapatan Ibubapa / Penjaga ( Pendapatan Isirumah yang disahkan oleh JKKK / Pegawai Kerajaan Gred A /Penghulu )
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA / IPTS
  • Salinan mengesahkan mendaftar sebagai Pelajar ( Resit bayaran kemasukan ke IPTA / IPTS )

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi 010-659 0062 atau emel ke [email protected]

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements