Advertisements

Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor Sesi 2 2022

Advertisements

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menawarkan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Sesi 2 2022 bagi pelajar kelahiran Johor  yang layak melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Bantuan ini ditawarkan bagi meringankan beban kewangan pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai bantuan skim ini:

Kadar Bantuan Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Diploma : RM 500
  • Ijazah Sarjana Muda : RM 1,000

Syarat Kelayakan Bantuan

Pelajar perlulah menetapi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut untuk memohon skim bantuan ini:

  • Pemohon lahir dan menetap di negeri Johor
  • Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Koleh YPJ, EDUCITY dan Marsah).
  • Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
  • Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih
  • Pendapatan ibu dan bapa / penjaga tidak melebihi RM 4,000 sebulan dan RM 4,001 hingga RM5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  • Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  • Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain
  • Pemohon bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ.

Cara Memohon Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ

Pelajar yang layak boleh memohon Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ di pautan di bawah:

SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Dokumen yang disediakan perlulah disusun mengikut senarai semak yang disediakan

Masukkan kesemua dokumen sokongan dan permohonan ke dalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan setersnya gamkan di bahagian belakang dengan kemas.

Tuliskan jenis permohonan di PENJURU KANAN ATAS sampul surat iaitu ‘Skim Bantuan Pendaftaran (SBP)’

Untuk penghantaran melalui serahan tangan, sila masukkan ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ.

Untuk penghantaran melalui POS, sila masukkan dokumen ke dalam sampul surat yang mempunyai tracking number.

Baca juga: Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022

Tarikh Permohonan

Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor bagi sesi 2 2022 dibuka pada 11 Julai hingga 24 Julai 2022.

Dokumen Diperlukan

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga
  • Salinan Penyata Pendapatan ibu dan bapa / penjaga
  • Salinan surat tawaran IPT
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (jika berkaitan)
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  • Lain-lain dokumen berkaitan

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor, sila layari laman rasmi Yayasan Pelajaran Johor.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements