Advertisements

Skim Bantuan Perkahwinan MAIWP, Bantuan Pasangan Asnaf

Advertisements

Menyedari kos sara hidup yang semakin meningkat naik, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berbesar hati menawarkan skim bantuan perkahwinan bagi pasangan asnaf yang layak.

Skim ini bertujuan memberi bantuan kepada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga dan pasca perkhawinan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai skim bantuan perkahwinan ini.

Syarat Kelayakan

Calon atau pasangan yang berminat untuk memohon skim bantuan ini perlulah memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

Cara Memohon

Bagi calon dan pasangan yang layak, borang permohonan (Boleh dimuat turun dan dicetak dari pautan Bantuan Umum di laman sesawang MAIWP.

Setiap pemohon mesti membawa kesemua dokumen yang disenaraikan di atas dan menghantarnya sendiri ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.

Baca juga: WalimatulUrus Perdana,  Bantuan Perkahwinan Terengganu

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Dokumen Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk permohonan:

  1. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  2. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau sertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
  3. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  4. Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  5. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  6. Satu salinan sijil kursus pra-perkahwinan pemohon dan pasangan.
  7. Satu salinan borang permohonan kebenaran perkahwinan pemohon dan pasangan yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/ salinan sijil nikah sementara.

Maklumat Lanjut

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements