Advertisements

Skim Bantuan Tadika Selangor RM50 Sebulan Bagi Pendaftaran 2022

Advertisements

Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) merupakan bantuan yuran bulanan yang akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah bagi membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran TADIKA anak-anak mereka.

Ianya disalurkan bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN).

Kadar Bantuan

Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak.

Baca juga: Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan 2022

Syarat Kelayakan

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah sama ada:
    • Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  3. Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
  4. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
  5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
  6. Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja.

Cara Memohon

  1. Cetak borang permohonan di laman TUNAS rasmi.
  2. Lengkapkan dokumen sokongan seperti disenaraikan di bawah.
  3. Hantar borang beserta dokumen sokongan ke alamat:
    • emel [email protected] atau;
    • Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online.

Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.

Dokumen Sokongan

  • Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
  • Salinan MyKad Ibu
  • Salinan MyKad Bapa
  • Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
  • Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar
  • Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
    • Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
    • Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.