Advertisements

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal (MAIPk) 2022 Kini Dibuka

Advertisements

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal (MAIPk) merupakan skim yang diwujudkan untuk membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah mendapatkan bantuan pelajaran.

Pelajar yang lajak akan menerima biasiswa tahunan, berpeluang mengikuti tuisyen tajaan dan juga menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk.

Syarat Kelayakan

Syarat Umum

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin di Negeri Perak.
  4. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah(had kecukupan).
  5. Permohonan hanya terbuka kepada pelajar tingkatan satu (1),empat (4) dan lima (5) sahaja.
  6. Aktif dalam penglibatan Kokurikulum.
  7. Tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin (tertakluk had kifayah).
  8. Tidak menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)atau bantuan daripada mana-mana pihak /agensi.

Syarat Khusus

  1. Pelajar Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2022
  2. Pelajar adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga asnaf fakir dan miskin
  3. Pencapaian pelajar mestilah memperolehi 6A (Tahap 6) dalam Penilaian Akhir Tahun 2021.
  4. Syarat lebih terperinci boleh rujuk sini.

Cara Memohon Biasiswa

Borang permohonan boleh dimuat turun daripada portal rasmi MAIPk di pautan berikut:

Borang permohonan MAIPk

Pemoho perlu melengkapkan borang beserta dokumen sokongan dan hantar ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Unit Pembangunan Pendidikan,
Bahagian Agihan Zakat
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan bersama-sama borang permohonan:

i. KP Pemohon
ii. KP Ibubapa
iii. Slip gaji / pengesahan pendapatan ibubapa
iv. Salinan keputusan Akhir Tahun 2021 yang telah disahkan pihak sekolah

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka pada 21 Mac 2022 sehingga 15 April 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, sila rujuk laman web rasmi Majlis Agama Islam Perak atau hubungi nombor talian 019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.