Advertisements

Skim Geran Padanan Digitalisasi PKS Selangor 2022

Advertisements

Geran Pendigitalan PKS atau Perniagaan Kecil dan Sederhana adalah inisiatif geran untuk membantu PKS untuk mengguna pakai perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian.

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan 50% geran padanan atau maksima RM5,000 kepada setiap PKS untuk melanggan pembekal perkhidmatan digital yang ditetapkan. Geran bernilai RM5 juta ini bertujuan untuk membantu PKS Selangor untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Geran Padanan Digitalisasi PKS:

Terma Dan Syarat Gerak Digitalisasi PKS

  1. Geran padanan ini terhad untuk satu (1) permohonan sahaja bagi setiap PKS. PKS dibenarkan untuk memohon sehingga tiga (3) jenis perkhidmatan pendigitalan dengan satu atau lebih pembekal perkhidmatan pendigitalan yang berdaftar dengan MDEC (“Pembekal Perkhidmatan”).
  2. Geran ini dibekalkan oleh Kerajaan untuk tempoh lima (5) tahun bermula 17 Febuari 2020 atau apabila mencapai 100,000 permohonan, yang mana terdahulu.
  3. Tiada yuran dikenakan.

Jenis Bidang Digitalisasi

7 bidang perkhidmatan digitalisasi yang boleh dipilih seperti dibawah:

  • E-dagang
  • Sistem sumber manusia dan Payroll
  • Sistem perakauanan
  • Pemasaran Digital
  • Sistem Electronic Point of Sales dan Payment Gateway

Baca juga: Permohonan Bantuan Sihat Selangor 2022 Secara Online

Syarat Kelayakan Skim Geran Padanan Digitalisasi PKS

PKS yang memenuhi kriteria di bawah layak dan digalakkan untuk memohon:

  1. Berdaftar di bawah undang-undang yang berkaitan di Malaysia.
  2. Syarikat sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh rakyat Malaysia.
  3. Untuk PKS yang mempunyai alamat berdaftar dan beroperasi di Selangor sahaja.
  4. Sudah beroperasi sekurang-kurangnya selama 1 tahun.
  5. Harus mempunyai perolehan jualan tahunan berjumlah sekurang-kurangnya RM100,000 dan tidak melebihi RM3 juta.
  6. Terhad kepada 1 permohonan bagi setiap PKS sahaja. PKS dibenarkan memohon untuk 3 perkhidmatan digital dengan 1 atau lebih pembekal perkhidmatan yang disahkan oleh Sidec.

Cara Memohon Skim Geran Padanan Digitalisasi PKS

  1. Pilih DSP yang diiktiraf oleh Sidec dalam bidang digitalisasi yang terlibat.
  2. Sila minta invois proforma dari DSP.
  3. Hantar permohonan anda melalui laman web Sidec.
  4. Anda akan menerima notifikasi dalam tempoh 21 hari bekerja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Geran Padanan Digitalisasi PKS ini, lawati DI SINI atau hubungi:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.