Advertisements

Skim Iltizam Anak Selangor 2022 – Cara Mohon

Advertisements

Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu yang diperkenalkan dalam Belanjawan Selangor 2022 oleh kerajaan negeri Selangor yang akan memanfaatkan seramai 30 ribu pemohon.

Dengan kerjasama PTPTN, skim ini akan disertai dengan pembukaan akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime bagi anak-anak yang baru lahir di negeri Selangor.

Seramai 30 ribu anak-anak yang memohon untuk bantuan ini akan diberikan RM500 dalam tempoh 5 tahun. Sebanyak RM100 akan diberikan setiap tahun selama 5 tahun menerusi akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Kerjasama dengan PTPTN melalui SSPN Prime ini akan memberikan keistimewaan kepada pemohon seperti di bawah:

  1. Layak memohon pinjaman pendidikan;
  2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000.00 setahun;
  3. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas*;
  4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak**;
  5. Simpanan dijamin oleh Kerajaan;
  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan; dan
  7. Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen Simpan SSPN Prime.

Nota:

* Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat kematian/ ilat kekal (RM ke RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 hingga 65 tahun. Khairat kematian kepada penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

* Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

** Keluarga berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang lengkap. Kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Kadar Bantuan Dan Kaedah Pembayaran

Bantuan sebanyak RM500 akan diberikan secara berperingkat dalam tempoh 5 tahun.

Sebanyak RM100 akan diberikan setiap tahun selama 5 tahun menerusi akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Baca juga: Permohonan Rumah PPR Secara Online

Tarikh Pembayaran

Pembayaran RM100 akan diberikan mulai tahun 2022 bagi anak-anak yang baru lahir di negeri Selangor.

Cara Mohon Skim Iltizam Anak Selangor

Buat masa ini, tatacara permohonan Skim Bantuan Iltizam Anak Selangor masih belum diumumkan secara terperinci.

Maklumat Lanjut

Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi saluran berikut untuk pertanyaan lanjut:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.