Advertisements

Skim Insentif Integrasi Tanaman dan Ternakan Dengan Sawit 2022

Advertisements

Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (Ita) dan Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (Ite) 2022 kini buka untuk permohonan bagi pengusaha dan pekebun tanaman sawit mikro.

Insentif yang diwujudkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut:

  • Mengoptimumkan penggunaan tanah melalui penanaman tanaman kontan dan amalan penternakan.
  • Mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil sawit.
  • Meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara.

Nilai Bantuan Skim Insentif Integrasi Tanaman Dengan Sawit (ITa)

Melalui skim Insentif Integrasi Tanaman Dengan Sawit (Ita), pekebun yang layak bakal menerima:

  • Tanaman Nenas – RM7,000 bagi setiap hektar plot tanaman
  • Tanaman Pisang, Tembikai, Jagung, Betik – RM3,000 bagi setiap hektar plot tanaman

Baca juga: MOSTI Lancar e-Beca, Tak Perlu Kayuh Seperti Beca Biasa

Nilai Bantuan Skim Insentif Integrasi Ternakan Dengan Sawit (ITe)

Melalui skim Insentif Integrasi Ternakan Dengan Sawit (Ite), pekebun yang layak bakal menerima:

Pemberian insentif wang tunai sebanyak RM15,000 bagi setiap projek iaitu:

  • Ayam daging/kampung
  • Itik penelur

Pecahan skop bantuan adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • RM3,500 bagi penyediaan kandang/reban ternakan.
  • RM11,500 bagi pembelian input seperti benih/anak ternakan, makanan dan ubat-ubatan.

Baca juga: Skim Agro Food Facilities, Pinjaman Koperasi Berasaskan Agromakanan

Syarat Kelayakan Permohonan

Pekebun mikro yang berminat untuk memohon perlu menepati syarat kelayakan permohonan seperti di bawah:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pekebun kecil persendirian sahaja dengan had pemilikan tanah bertanam sawit tidak melebihi 6.5 hektar dan bukan peserta dari lain-lain agensi persekutuan atau negeri.
  • Menunjukkan bukti pemilikan atau penguasaan tanah yang sah.
  • Mempunyai lesen MPOB yang sah.
  • Bukan peserta lain-lain agensi pembangunan tanah negeri atau persekutuan (bagi ITe sahaja).
  • Hanya layak untuk memohon satu jenis projek ternakan sahaja (bagi ITe sahaja).
  • Jika pemohon adalah pasangan suami/isteri, maka seorang sahaja layak memohon (bagi ITe sahaja).
  • Umur pokok sawit tidak lebih dua tahun bagi penanaman semula atau penanaman baru mengikut segitiga sama (jika melaksanakan integrasi tanaman) (bagi ITa sahaja).
  • Belum melaksanakan kerja-kerja tanaman kontan semasa permohonan dibuat (bagi ITa sahaja).

Cara Memohon

Pekebun yang berminat boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  • Dapatkan borang permohonan di Pejabat TUNAS MPOB di seluruh negara.
  • Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan ke alamat:

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi,
43000 Kajang, Selangor.
(u.p: Ketua Unit Pemerkasaan Pekebun Kecil)

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen disenaraikan di bawah perlu dilampirkan bersama-sama dengan borang permohonan yang lengkap diisi.

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan dokumen pemilikan tanah.
  • Salinan lesen MPOB.
  • Surat akuan sumpah sebagai pekebun untuk mengesahkan penanaman di lokasi yang dipohon/Surat wakil kuasa mengusahakan tanah (jika berkenaan).
  • Dokumen sewa tanah/pajak (jika berkenaan).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan keterangan lajut mengenai lanjut mengenai skim ITa dan ITe ini, sila hubungi:

i) Skim ITa

  1. Pn. Noraini Abdullah – 03-8769 3935 ([email protected])
  2. Pn. Nor Syamira Hasri – 03-8769 3933
    ([email protected])

ii) Skim ITe

  1. Pn. Noor Asrani Ab Rahman – 03-8769 4982 ([email protected])
  2. En. Mohd Anuar Roselee – 03-8769 3968 ([email protected])

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.