Advertisements

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO (SKSSR)

Advertisements

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO (SKSSR PERKESO) merupakan satu skim bantuan kepada suri rumah yang akan dilaksanakan oleh PERKESO mulai 1 Disember 2022.

Perlaksanaannya dibuat setelah Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.

Skim ini bertujuan untuk menjaga kebajikan dan melindungi golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan menjejaskan tugas sebagai suri rumah.

Kementerian Sumber Manusia komited untuk merealisasikan hasrat Kerajaan bagi memastikan tiada golongan yang yang terpinggir dari mendapat perlindungan keselamatan sosial di negara ini, demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini.

Definisi Suri Rumah

  • Seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau separuh masa.
  • Termasuk seorang isteri, janda, balu yang perkahwinannya berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau seorang ibu yang mempunyai seorang anak atau lebih, iaitu termasuk juga ibu tunggal.

Syarat Kelayakan SKSSR

  1. Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  2. Belum mencapai umur 55 tahun
  3. Suri rumah yang melakukan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga.
  4. Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara terlebih dahulu (advance payment).

Cara Perlaksanaan SKSSR

Melalui skim itu, suami boleh mencarum untuk isteri secara sukarela dan tiada tindakan untuk mereka yang gagal melaksanakannya.

Bagaimanapun, jika pasangan berkenaan bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmennya untuk membayar caruman adalah terbatal.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bagi kes pasangan bercerai, isterinya atau suri rumah boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela atau bayaran caruman tersebut juga boleh dibuat oleh mana-mana pihak ketiga.

Baca juga: Graduate Executive Marketer For Simpan SSPN Plus (GEMS)

Manfaat SKSSR

Skim ini akan memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa, daripada bencana domestik dan keilatan.

Tarikh Pelaksanaan

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO (SKSSR PERKESO) akan berkuat kuasa 1 Disember 2022.

Cara Mendaftar SKSSR

Untuk mendaftar sila layari laman sesawang PERKESO https://www.perkeso.gov.my/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.