Advertisements

Skim Makmur Ternak Pahang 2022: Geran Ternakan Sehingga RM10,000

Advertisements

Jabatan Veterinar Negeri Pahang menawarkan geran ternakan kepada para penternak kecil ruminan di negeri tersebut menerusi Skim Makmur Ternak Negeri Pahang 2022.

Untuk makluman, Skim Makmur Ternak Negeri Pahang bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam pengeluaran daging ruminan tempatan, disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak.

Menerusi skim ini, terdapat dua insentif geran yang ditawarkan iaitu:

  • Geran Pemadanan untuk bekalan induk/baka ternakan.
  • Geran Penuh bagi bantuan input ladang/bahan binaan pembaikkan kandang dan infrastruktur ladang.

Para penternak yang berminat boleh membuat permohonan bermula pada 1 Februari 2022 sehingga 28 Februari 2022.

Geran Pemadanan

Geran Pemadanan ini ditawarkan kepada bekalan induk/baka ternakan para penternak.

Nilai maksima yang ditawarkan adalah sehingga RM10,000.00 bagi setiap individu yang memerlukan pemohon untuk menanggung kos 10% daripada jumlah nilai ternakan.

Geran Penuh

Geran Penuh pula ditawarkan bagi bantuan input ladang/bahan binaan pembaikkan kandang dan infrastruktur ladang.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Nilai maksima bagi geran ini adalah sebanyak RM5,000.00 bagi setiap individu.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi para penternak adalah seperti berikut:

  1. Pemohon berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang dan mempunyai ID Premis.
  2. Pemohon merupakan warganegara Malaysia berumur 18-60 tahun pada tahun semasa dan pemastautin Negeri Pahang.
  3. Pemohon tidak mempunyai tunggakan pinjaman SPT, PAWAH, TRUST atau telah di senaraikan sebagai projek gagal di bawah bantuan DVS Malaysia/DVS Negeri Pahang.
  4. Pemohon mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya 1 tahun.
  5. Pemohon mempunyai kawasan menternak yang mencukupi dan sumber makanan yang cukup.
  6. Pemohon mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai dengan melampirkan geran tanah/Surat Kebenaran Guna Pakai Tanah/Perjanjian Guna Pakai Tanah.
  7. Pemohon mestilah penternak kecil atau sederhana sedia ada yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  8. Pemohon mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% daripada nilai perolehan induk ternakan (bagi geran pemadanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan).
  9. Verifikasi lawat siasat ke tapak projek pemohon akan dijalankan selepas melepasi saringan pertama.
  10. Pemohon bersetuju pemantauan projek selama 2 tahun bagi pemohonan yang berjaya.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1RdZ_ME65iMsIkUCbRtOADP2Y6OODJTt5/view?fbclid=IwAR3dRxxCMOFGz8TpyfDoTyt3SJgGIsisYRGmyRO-X1JglHoQE4gXUAANmxg.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan kepada Pejabat Jabatan Veterinar yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Geran tanah/surat kebenaran guna pakai tanah/TOL/perjanjian sewaan atau lain-lain.
  3. Salinan pendaftaran ID Premis.
  4. Salinan sijil kursus (jika ada).
  5. Gambar projek semasa (jika ada).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Makmur Ternak Negeri Pahang, sila layari laman web https://www.dvs.pahang.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.