Advertisements

Skim Pinjaman Pelajaran Secara One-Off/Top-Up IPTS

Advertisements

Bagi pelajar kelahiran Terengganu yang membuat pinjaman PTPTN dan masih memerlukan tambahan bantuan kewangan berbentuk pinjaman, anda dipelawa untuk memohon Skim Pinjaman Pelajaran daripada Yayasan Terengganu

Pemberian Pinjaman ini ditawarkan bagi membantu pelajar di IPTS yang telah mendapat pinjaman PTPTN tetapi tidak mencukupi bagi pembiayaan yuran pengajian dan sara hidup.

Pinjaman yang akan ditawarkan hanya untuk tahun pengajian berkenaan sahaja (oneoff) dengan kuota/jumlah serta syarat tertentu bergantung kepada peringkat serta bidang
pengajian.

Pembiayaan adalah dalam bentuk pinjaman sepenuhnya dan tidak layak dipertimbangkan untuk mana-mana skim penghapusan atau pengurangan bayaran balik.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai pinjaman ini.

Syarat Kelayakan Pemohon

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  2. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  3. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  4. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

Baca juga: Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2022 Yayasan Terengganu

Syarat-syarat Permohonan

  1. Telah/sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah/Diploma sekurang-kurangnya pada tahun ke-2 di IPTS dan kursus yang diiktiraf oleh MQA/Kerajaan Malaysia
  2. Memperoleh CGPA 3.00 ke atas dalam keputusan peperiksaan tahun/sesi pengajian sebelumnya.
  3. Telah memohon tetapi TIDAK LAYAK/GAGAL memperoleh penajaan dari PTPTN/badan penaja lain, atau
  4. Amaun penajaan dari PTPTN (atau badan penaja lain) tidak mencukupi untuk membiayai yuran pengajian
  5. Pertimbangan khas bagi pelajar tahun akhir pengajian
  6. *Surat Tawaran Pinjaman dari PTPTN (atau badan penaja lain) perlu disertakan bagimengesahkan jumlah pinjaman yang telah diluluskan

Cara Memohon

Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi http://ytpenajaan.terengganu.gov.my/login

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Skim Pinjaman Pelajaran Secara One-Off/Top-Up IPTS Dalam Negara, sila hubungi 09-622 1733 atau emel ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.