Advertisements

Skim Smart-Sewa: Permohonan Dibuka Untuk 2 Jenis Pangsapuri

Advertisements

Skim Smart-Sewa merupakan satu skim yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Selangor kepada rakyat Selangor untuk memiliki rumah kediaman sendiri dengan cara sambil menyewa sambil membeli.

Skim Smart Sewa Selangor ini ditawarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan 30% daripada jumlah sewaan bersih akan digunakan untuk membayar deposit pembelian.

Berikut dikongsi lebih lanjut mengenai terma dan syarat skim Smart-Sewa ini:

Tempoh penyewaan : 

  • Maksimum 5 tahun
  • Minimum 2 tahun

Deposit (bengantung pada kadar sewa semasa):

Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain2 caj

Syarat Kelayakan Permohonan:

  1. Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
  3. Pendapatan seisi keluarga iaitu;
    • – Tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
    • – Tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

Baca juga: Permohonan Bantuan Baiki Rumah Setiap Negeri Di Malaysia 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Lokasi Skim Smart-Sewa:

Berikut merupakan lokasi Skim Smart-Sewa. Terdapat 2 pangsapuri yang masih dibuka untuk pendaftaran setakat 31 Mei 2022:

  1. Pangsapuri De Bayu 2, Setia Alam, Shah Alam, (Kadar sewa RM850 –  PERMOHONAN DITUTUP)
  2. Pangsapuri Seri Akasia, Taman Puchong Prima, Puchong(Kadar sewa RM750 – KEMASUKAN SEGERA)
  3. Pangsapuri Alpinia, Puchong (50 Unit, Kadar sewa RM750 – KEMASUKAN SEGERA)
  4. Pangsapuri Simfoni, Eco Majestic, Semenyih (13 Unit sahaja, Kadar sewa RM650 – DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN)
  5. Pangsapuri Gapura Bayu, Jade Hills, Kajang, Selangor(Kadar Sewa RM750 – KEMASUKAN SEGERA)
  6. Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands, Klang(Kadar Sewa RM700 – PERMOHONAN DITUTUP)
  7. Pangsapuri Taming Mutiara, Bandar Sungai Long, Kajang (Kadar sewa RM800 – KEMASUKAN SEGERA)
  8. Pangsapuri Damai Utama, Bandar Kinrara, Puchong (Kadar sewa RM550-650 –  KEMASUKAN SEGERA)
  9. Pangsapuri Arista, Bandar Parklands, Klang (11 Unit, Kadar sewa RM550-600 – PERMOHONAN DITUTUP)
  10. Hibiscus 2, Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh (10 Unit, Rumah Teres 2 Tingkat, Kadar sewa Rm650 – PERMOHONAN DITUTUP)
  11. Pangsapuri De Kiara, Bandar Setia Alam, Shah Alam (30 Unit, Kadar sewa RM800-Telah disewakan – PERMOHONAN DITUTUP)
  12. Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, Shah Alam (41 Unit, Kadar Sewa RM450 – PERMOHONAN DITUTUP)
  13. Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands, Klang (50 Unit, Kadar Sewa RM700 – PERMOHONAN DITUTUP)
  14. Pangsapuri Trifolis, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang (30 Unit, Kadar sewa RM900 – PERMOHONAN DITUTUP)
  15. Pangsapuri Tun Teja 1, Alam Impian, Shah Alam (Kadar Sewa RM650 – PERMOHONAN DITUTUP)
  16. Pangsapuri Seroja, Bandar Setia Alam, Shah Alam (Kadar Sewa RM600 – PERMOHONAN DITUTUP)
  17. Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama, Kapar, Klang (Kadar Sewa RM650  – PERMOHONAN DITUTUP)
  18. Pangsapuri Seri Utama, Taman Puchong Utama, Puchong (Kadar Sewa RM700-RM800 – PERMOHONAN DITUTUP)
  19. Rumah Teres, Antara Gapi, Serendah (Kadar Sewa RM700 – PERMOHONAN DITUTUP)
  20. Rumah Bandar, Kota Puteri (Kadar Sewa RM680 – KEMASUKAN SEGERA)
  21. Pangsapuri Serunai, Bukit Raja, Klang (Kadar Sewa RM800 – DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN)

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat mendaftar Skim Smart Sewa dan mengisi borang di bawah:

  1. Klik Disini: Permohonan Skim Smart Sewa
  2. Muat turun borang: http://phssb.com/borang/
  3. Hantarkan borang beserta dokumen lengkap ke:

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

atau

Scan dan Email ke: [email protected]

Dokumen Sokongan

Berikut dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan Smart Sewa Selangor iaitu:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan surat nikah/surat pendaftaran perkahwinan/surat cerai
  3. Salinan sijil kelahiran (MyKad/MyKid) anak
  4. Salinan MyKad/MyKid tanggungan (selain anak)
  5. Penyata Gaji 3 bulan terkini
  6. Salinan KWSP
  7. Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
  8. Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
  9. Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
  10. Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
  11. Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
  12. Salinan Daftar Undi

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut menghubungi pihak PHSSB melalui saluran di bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.