Advertisements

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022

Advertisements

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan kepada anggota KT untuk meringankan perbelanjaan bagi persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baru persekolahan.

Skim ini kini dibuka untuk permohonan kepada semua anggota Koperasi Tentera.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai bantuan ini.

Syarat Kelayakan

  1. Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
  2. Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  3. Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
  4. Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
  5. Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.
  6. Minimum 3 orang anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja.

Cara Memohon

  1. Anggota yang layak boleh memuat turun borang di pautan Borang SBBS 2022 atau boleh didapati di kaunter-kaunter Ibu pejabat, Cawangan yang berhampiran.
  2. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang
    beralamat di:

Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)

Nota tambahan:

  • Pastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (SBBS 2021).
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.
  • Sekiranya bayaran melalui cek “pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan
  • menurut polisi KT dari semasa ke semasa”.
  • Borang yang difotostat/emel/faks boleh diterima.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

PEMOHON (ANGGOTA KT)

  1. Salinan MyTentera (Anggota ATM)
  2. Salinan MyKad (Awam/Pesara)
  3. Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
  4. Salinan Penyata Pencen/Bank Terkini (Pesara)/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri
  5. Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota

ANAK (PELAJAR SEKOLAH RENDAH/MENENGAH SAHAJA)

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Salinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (Mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja)
  2. Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri.

Baca juga: Skim Bantuan Bencana Alam JHEV Angkatan Tentera Malaysia

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka pada 1 Ogos 2022 sehingga 5 September 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.