Advertisements

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022 – Koperasi Tentera

Advertisements

SKIM SUMBANGAN BAKTI PERSEKOLAHAN 2022 BAGI ANAK-ANAK ANGGOTA KOPERASI TENTERA KINI DIBUKA

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan kepada anggota Koperasi Tentera.

Skim ini diberikan adalah untuk meringankan perbelanjaan bagi persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baharu persekolahan.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.

Baca juga : Permohonan Zakat Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Sem 3 Sesi 2021/2022

Tempoh Permohonan

Pelajar boleh membuat permohonan sepanjang tempoh permohonan dibuka seperti berikut:

  • Tarikh permohonan dibuka : 1 Ogos 2022 (Isnin)
  • Tarikh permohonan ditutup : 5 September 2022 (Isnin)

Syarat Permohonan

Antara syarat-syarat yang melayakan pemohon untuk membuat permohonan adalah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
  2. Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  3. Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
  4. Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
  5. Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.
  6. Minimum 3 orang anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja.

Cara Memohon

Terdapat dua cara permohonan yang boleh dibuat oleh pemohon seperti:

  • Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan SBBS 2022 di kaunter-kaunter Ibu pejabat, Cawangan yang berhampiran ATAU
  • Muat turun borang secara atas talian menerusi lawan web Koperasi Tentera di pautan www.katmb.com.my.

Nota :

Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang
beralamat di:

  • Koperasi Tentera
    Wisma Koperasi Tentera
    No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
    53000 Kuala Lumpur
    (Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)

Dokumen Penting

Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen penting untuk membuat permohonan seperti:

PEMOHON (ANGGOTA KT)

  • Salinan MyTentera (Anggota ATM)
  • Salinan MyKad (Awam/Pesara)
  • Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
  • Salinan Penyata Pencen/Bank Terkini (Pesara)/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri
  • Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota

ANAK (PELAJAR SEKOLAH RENDAH/MENENGAH SAHAJA)

  • Salinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (Mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja)
  • Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan
    status anak angkat/anak tiri

Nota Penting :

  1. Pastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (SBBS 2022).
  2. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.
  3. Sekiranya bayaran melalui cek “pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan menurut polisi KT dari semasa ke semasa”.
  4. Borang yang difotostat/emel/faks boleh diterima.
  5. Untuk pertanyaan, hubungi kami di talian atau kunjungi cawangan KT berhampiran

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan info lanjut, sila hubungi pihak Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran.

Baca juga : Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi 2022 Bagi Anak Kakitangan UKM

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.