Advertisements

SKIPMA: Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA 2022 Sesi Ogos

Advertisements

Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA) merupakan skim pinjaman yang diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada pelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) mendapatkan komputer.

Dengan kemudahan skim pinjaman komputer ini, pelajar dapat mengikuti aktiviti pembelajaran masing-masing dengan mudah dan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Sebelum ini skim ini telah pun dibuka pada bulan April bagi pelajar IPMA. Kini ianya dibuka lagi kepada pelajar yang berminat.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini.

Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman adalah sebanyak maksimum RM3,000.00 (ringgit malaysia: tiga ribu sahaja).

Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum.

Syarat Permohonan

Syarat Kelayakan lanjut seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Pelajar berstatus Bumiputera.
  2. Ibu atau bapa berstatus Bumiputera.
  3. Pelajar yang ditawarkan mengikuti pengajian di IPMA secara sepenuh masa bagi peringkat seperti berikut:
    • Persediaan / Pra-Universiti (Umur tidak melebihi 20 tahun)
    • Sijil (Umur tidak melebihi 35 tahun)
    • Diploma (Umur tidak melebihi 35 tahun)
    • Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda) (Umur tidak melebihi 45 tahun)
  4. Pelajar baharu atau pelajar sedia ada (aktif) yang mempunyai baki pengajian tidak kurang satu (1) tahun daripada tarikh permohonan dibuat.
  5. Pelajar layak memohon satu (1) kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.
  6. Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja/ pihak lain.

Pelajar tajaan MARA dibawah institusi pendidikan MARA (IPMA) yand sedang mengikuti program secara pengajian sepenuh masa di peringkat Persediaan / Prauniversiti, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda) seperti dibawah yang layak memohon:

  • Kolej MARA (KM);
  • Institut Kemahiran MARA (IKM);
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM);
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII);
  • Kolej Profesional MARA (KPM);
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL);
  • Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM);
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM); Dan
  • German Malaysian Institute (GMI).

Cara Memohon SKIPMA

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan aplikasi.mara.gov.my/skip atau melalui wakil IPMA.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka pada 10 Ogos 2022 hingga 23 Ogos 2022 secara atas talian.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai skim ini boleh ajukan emel ke [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.