Advertisements

SMUE 2021: Cara Mohon Dan Semak Kelayakan Skim Mesra Usia Emas

Advertisements

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) merupakan salah satu agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Program ini diwujudkan bertujuan untuk memberi manfaat kepada golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di Negeri Selangor yang menepati syarat kelayakan

Bermula 1 Januari 2021, setiap permohonan yang berjaya, ahli SMUE akan menerima dua (2) jenis manfaat di bawah program ini. Manfaat tersebut adalah seperti berikut:

  1. Khairat kematian dan OKU sebanyak RM500.
  2. Baucar ‘Jom Shopping SMUE’ bernilai RM100.

Manfaat Daftar SMUE

Khairat kematian dan OKU sebanyak RM500

Sebelum ini Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dikenali sebagai sebuah skim khairat kematian untuk warga emas dan OKU yang layak dengan nilai sebanyak RM 500.

Terma Dan Syarat Tuntutan:

  1. Tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya si mati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.
  2. Wang khairat kematian hanya dibayar secara one-off kepada nama pewaris yang didaftarkan di dalam sistem.
  3. Pembayaran akan dibuat samada dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris. (rujuk Proses Tuntutan Wang Khairat Kematian)
  4. Sekiranya nama simati belum didaftarkan, maka pewaris perlu membuat permohonan SMUE terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan khairat kematian di atas nama simati. (Sila rujuk syarat-syarat permohonan SMUE untuk lebih lanjut)
  5. Permohonan selepas kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia. (tertakluk bagi kematian mulai 1 Januari 2021 sahaja)

Baucar ‘Jom Shopping SMUE’ bernilai RM100

Melalui program ini ahli SMUE bakal menikmati manfaat baucar beli belah RM100.00 pada bulan kelahiran mereka setiap tahun di bawah program ‘Jom Shopping SMUE’.

Makluman baucar akan dimaklukan melalui telefon dan penyerahan manfaat akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Ahli SMUE yang menerima baucer bernilai RM100 ini boleh membeli belah di pasaraya-pasaraya yang terpilih di kawasan mereka.

Syarat Permohonan

Terdapat dua kategori syarat permohonan untuk mendaftar di bawah skim ini mulai 2021.

  1. Permohonan SMUE terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
    • Kategori Warga Emas (60 tahun dan ke atas)
    • Kategori Orang Kelainan Upaya(OKU)
  2. Permohonan boleh dibuat sama ada:
    • Semasa hidup
    • Selepas kematian
      • Didaftarkan oleh pewaris (rujuk Senarai Pewaris Terdekat)
      • Kematian bermula (1 Januari 2021)
      • Permohonan mestilah dalam tempoh 6 bulan selepas kematian

Kategori Warga Emas (60 tahun ke atas)

Bagi kategori warga emas, syarat kelayakan adalah seperti di bawah:

  1. Warganegara Malaysia; 
  2. Berumur 60 tahun dan ke atas; 
  3. Masih hidup; ATAU
  4. Telah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); 
  5. Lahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU
  6. **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; 
  7. Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);
  8. Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Kategori Orang Kelainan Upaya (OKU)

Bagi kategori OKU, syarat kelayakan adalah seperti di bawah:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Masih hidup; ATAU
  3. Telah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  4. Tiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU
  5. **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  6. Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);
  7. Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

NOTAPengundi bagi kategori OKU hanya tertakluk kepada yang layak mengundi iaitu berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.

Baca juga: URUS B50: Permohonan Mulai 15 November 2021

Cara Mohon Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Berikut adalah cara mohon Skim Mesra Usia Emas:

  1. Permohonan SMUE boleh dibuat secara manual ataupun atas talian di e-mesra.yawas.my.
  2. Bagi permohonan secara manual, pemohon boleh mendaftar di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat (dalam kawasan Negeri Selangor sahaja) dengan mengisi borang ini.
  3. Dokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar bersama borang permohonan. Bagi permohonan atas talian borang permohonan perlu dicetak setelah mengisi maklumat permohonan.
  4. Permohonan secara atas talian perlu mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari setelah permohonan dibuat.
  5. Permohonan yang dibuat secara atas talian (online), boring dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
  6. Borang dan dokumen sokongan boleh dihantar di:Pusat Khidmat DUN berdekatan kawasan tempat tinggal; ATAU
  7. Pejabat YAWAS.

Semakan Ahli & Kemaskini Permohonan

Semakan Skim Mesra Usia Emas

Jika anda pernah mendaftar atau pernah mendaftarkan ibu bapa di bawah skim ini, sila buat semakan terlebih dahulu dengan memasukkan nombor kad pengenalan melalui Sistem SMUE di SINI.

Kemaskini Permohonan

  1. Sebarang pengemaskinian maklumat seperti nombor telefon, alamat, penukaran kawasan DUN, penukaran waris, maka ahli SMUE atau pewaris perlu mengisi Borang Kemaskini Maklumat yang boleh dimuatturun di laman web e-mesra.yawas.my atau pergi sahaja ke Pusat Khidmat DUN terdekat atau pejabat YAWAS.
  2. Jika terdapat keperluan munasabah untuk menukar nama pewaris yang baru, maka ahli SMUE/pewaris berdaftar hendaklah mengisi Borang Kemaskini Maklumat dan melampirkan dokumen yang diperlukan seperti berikut:
    • Salinan kad pengenalan / sijil kematian pewaris lama.
    • Salinan kad pengenalan ahli SMUE.
    • Salinan kad pengenalan pewaris yang baru.
    • Surat akaun sumpah / laporan polis (jika berkenaan seperti hubungan luar kekeluargaan /kematian / pewaris asal tidak dijumpai / lain-lain yang berkaitan).
    • Lain-lain dokumen berkaitan jika perlu.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung SMUE, anda boleh:

  1. Layari laman sesawang http://e-mesra.yawas.my atau,
  2. Emel [email protected] atau,
  3. Hubungi YAWAS Careline di talian 03-5481 8800.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.