Advertisements

SOP Baharu Umrah Dilaksanakan Mulai 14 Februari

Advertisements

Mulai 14 Februari ini, kerajaan Malaysia telah menetapkan tiga Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu bagi jemaah yang ingin menjalankan aktiviti umrah.

Ketiga-tiga SOP itu termasuklah individu bertanggungjawab / person-in-charge (PIC) dari ejen pelancongan perlu memantau kepatuhan jemaah umrah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik ke Malaysia dan semasa di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia.

Selain itu, individu terbabit juga perlu turut serta dengan jemaah umrah sekiranya melebihi 40 orang atau disediakan bagi setiap tempoh itu untuk jumlah jemaah kurang dari 40 orang.

Selain daripada itu, kerajaan juga turut mewajibkan pengambilan dos penggalak bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah.

Apabila selesai ibadah mengerjakan ibadah umrah, bagi jemaah yang ingin menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman masing-masing dibenarkan tanpa memohon kelulusan Home Quarantine Application (HQA).

Manakala bagi jemaah yang ingin menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta turut dibenarkan dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung sendiri.

Namun bagi jemaah yang berangkat ke Tanah Suci mulai hari ini sehingga 13 Februari hadapan masih lagi terikat dengan SOP sedia ada.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.