Advertisements

SOP Covid-19: Perlis Umum Boleh Bersalaman Di Aidilfitri

Advertisements

Negeri Perlis satu-satunya negeri yang mengumumkan kebenaran untuk bersalaman di pagi Aidilfitri dikalangan jemaah selepas solat sunat Aidilfitri.

Perkara tersebut diumumkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan diperkenan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Raja Muda Perlis bertitah perbuatan bersalaman dalam kalangan jemaah solat itu dibenarkan mulai 1 Mei depan ini seiring dengan pengumuman kerajaan berkenaan kelonggaran SOP Covid-19.

Walaubagaimanapun, para Jemaah hendaklah sentiasa mencuci atau membersihkan tangan dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang diumumkan oleh kerajaan.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah selain itu semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah termasuk jamuan makan juga dibenarkan, malah aktiviti sosial lain seperti majlis perkahwinan, jamuan, gotong royong, majlis berbuka puasa, iktikaf dan sebagainya turut dibenarkan, selagi ia mematuhi SOP.

Baca juga: Cuti Peristiwa Terengganu Pada 5 Mei

Tuanku Syed Faizuddin bertitah solat sunat Aidilfitri di negeri ini digalakkan untuk dibuat ditanah lapang pada pukul 8 pagi seperti yang dilaksana sebelum ini, dan pemilihan tapak tanah lapang adalah tertakluk kepada ketetapan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid masing-masing.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

“Pelaksanaan Solat Aidilfitri di mana-mana surau dan dewan tanpa kelulusan pihak berkuasa masih tidak dibenarkan,” titah baginda

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.